awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tebing jalan dari Bayan Lepas ke Balik Pulau runtuh

Bernama
Bernama
23/10/2018
15:11 MYT
Tebing jalan dari Bayan Lepas ke Balik Pulau runtuh
Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan di tebing jalan laluan Bukit Lama dari Bayan Lepas ke Balik Pulau dekat sini. - Foto Twitter/@Fezaliana1
Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan di tebing jalan laluan Bukit Lama dari Bayan Lepas ke Balik Pulau dekat sini, dipercayai disebabkan hujan lebat lebih dua jam yang bermula 1 tengah hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.45 petang dan pemeriksaan awal mendapati kejadian tanah runtuh tersebut sepanjang 80 meter.
"Pemeriksaan awal pihak bomba mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan pemantauan sedang dilaksanakan di lokasi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. Anbalagan berkata hanya satu lorong di laluan itu dibuka dan orang ramai dinasihati menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Bukit Baru-Jalan Tun Sardon.
"Ketika ini hanya satu lorong sahaja dibuka dan kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan jalan itu kerana bimbang tanah runtuh menjadi lebih teruk dan berbahaya kepada pengguna lain," katanya.
Jumaat lepas, kejadian tanah runtuh berlaku di tapak projek pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong di sini, mengorbankan sembilan orang dan mengakibatkan empat yang lain cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balik Pulau
#Bayan Lepas
#Bukit Lama
#JBPM
#tanah runtuh
#tebing jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan