SHAH ALAM: Graduan bidang komunikasi massa tetap laris di pasaran walaupun teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini mula digunakan secara meluas.
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman berkata majoriti graduan UiTM dari bidang ini berjaya mendapat pekerjaan selepas enam bulan menerima ijazah mereka.
Katanya tahun ini universiti itu telah melahirkan 41 lepasan sarjana dan 459 lulusan ijazah sarjana muda dalam komunikasi massa dan berdasarkan statistik kebolehpasaran lepasan fakulti itu dalam industri adalah 90 peratus.
"Jadi sebab itu apabila kita bercakap tentang AI nak ambil alih namun teknologi ini tidak boleh berada bersendirian tanpa ada manusia yang membantu, maknanya masih memerlukan tenaga pakar untuk merealisasikan apa yang dilaksanakan oleh AI tersebut dalam konteks media.
"Saya ada juga berjumpa dengan rakan-rakan dalam industri yang telah mula bergerak kepada AI contohnya ada pembaca berita yang menggunakan AI tapi dalam mahu menjadikan ia dalam bentuk berkenaan masih memerlukan kepakaran," katanya ketika ditemui Bernama pada Majlis Konvokesyen UiTM Kali Ke-98 di sini semalam.
Sementara itu, Amirul Haziq Roslan, 24, graduan Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Komunikasi Instruksional dan Latihan berkata bidang yang dipelajarinya membuka peluang pekerjaan yang luas di pasaran.
Penerima Anugerah Naib Canselor itu berkata beliau tidak berasa bimbang dengan bidang yang diambilnya kerana telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat pengurusan acara.
"Dahulu memang bidang ini hanya tertumpu kepada di hadapan dan belakang kamera sahaja tetapi kini bidang ini telah dibesarkan kepada mencipta perisian, mereka bentuk laman sesawang, aplikasi, animasi dan ia sangat luas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Naib Canselor UiTM Datuk Prof Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin menyampaikan sijil kepada Amirul Haziq pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, 23 Nov 2023. --fotoBERNAMA
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Awasi penggunaan AI dalam penghasilan berita - PWP
PWP menyarankan agar penggunaan teknologi AI dalam penghasilan berita perlu diawasi demi meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan integriti maklumat disampaikan kepada masyarakat.
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Adobe Project Music GenAI Control jana audio yang boleh dikawal lebih terperinci
Muzik boleh dijana menggunakan satu sampel yang dimasukkan dan diberi arahan untuk ubah genre muzik tadi.
Ahli Parlimen cadang tubuh jawatankuasa kaji teknologi AI, perbaiki prestasi dalam PISA
Syahredzan berkata, pengenalan teknologi AI boleh menyebabkan beberapa cabaran antaranya termasuk pelanggaran hak cipta dan harta intelek.
Malaysia bakal teroka kaedah baharu termasuk teknologi AI atasi banjir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pendekatan itu dilihat berkesan dalam menangani isu bencana alam terutama dalam tempoh jangka panjang.
WEF24: Akses teknologi AI harus inklusif kepada semua negara
Meskipun AI berpotensi menyelesaikan cabaran global, namun ia juga berisiko melebarkan lagi jurang digital sedia ada dan mungkin mewujudkan kesenjangan baharu.
AI akan ubah kehidupan manusia dalam masa lima tahun, kata Bill Gates
Bill Gates percaya sejarah menunjukkan setiap teknologi baharu hadir ketakutan dan menyusul dengan peluang baharu.
Kefahaman jelas bantu rakyat terima teknologi AI
Ketidakfahaman masyarakat kepada konteks sebenar kepentingan teknologi itu mencetus kepada persepsi AI sebagai musuh.