Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa,
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Dato' Sri Dr. Santhara J.P,
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Yang Berbahagia Datuk Hajah Rosida Jaafar,
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan
Seluruh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang saya kasihi sekalian. Apa khabar semua? Saya doakan semuanya sihat walafiat.
1. Alhamdulillah, marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, esok kita akan meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Walaupun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP, tarikh 1 Februari ini disambut secara maya tanpa mengurangkan sedikitpun signifikannya di kalangan rakyat Malaysia. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan khususnya kepada semua warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
2. Saya sedar akan realiti kesulitan yang berlaku di kalangan rakyat yang bertungkus-lumus membina semula dan meneruskan kehidupan. Sama ada golongan bujang, berkeluarga, golongan kelas menengah, para petugas barisan hadapan, para pelajar dan mahasiswa dan seluruh lapisan masyarakat, saban hari pihak Kerajaan mengikuti dengan rapat keadaan yang berlaku bagi memastikan ikhtiar bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasaran.
3. Di pihak Kerajaan juga usaha diteruskan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dan menyediakan program perlindungan sosial yang komprehensif untuk memastikan golongan rentan dan berpendapatan rendah tidak tertinggal daripada arus pembangunan negara. Ini dibuktikan melalui Belanjawan 2021 yang telah memberikan tumpuan khusus kepada inisiatif-inisiatif membantu rakyat yang terjejas dengan pandemik Covid-19.
4. Selain itu, untuk membuktikan bahawa Kerajaan tidak berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, saya juga telah mengumumkan inisiatif PERMAI pada 18 Januari lalu. Pakej bantuan PERMAI ini adalah inisiatif Kerajaan secara berterusan bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat berikutan pelaksanaan PKP.
5. Di antara inisiatif di dalam pakej ini termasuklah mempercepatkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional fasa terakhir, melaksanakan Program Bakul Makanan dengan segera serta pemberian bantuan komuniti di bawah program GLIC/GLC Disaster Relief Network bagi memastikan kebajikan kumpulan rentan terus terpelihara.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
6. Selari dengan prinsip Prihatin Kerajaan Perikatan Nasional dan sebagai mendukung inspirasi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Prihatin, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengambil pelbagai pendekatan yang inklusif dalam menangani isu kos sara hidup, kelangsungan hidup rakyat serta membasmi kemiskinan di Wilayah Persekutuan, khususnya semasa COVID-19 dengan melancarkan Program 5MY - MYJobs@Wilayah, MYGrocer@Wilayah, MYSchoolBus@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah.
7. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana proaktif dalam melengkapkan inisiatif Kerajaan dengan melaksanakan program social safety net di Wilayah Persekutuan. Hal ini konsisten dengan penegasan kepada rakan-rakan menteri Kabinet supaya segala inisiatif kebajikan rakyat mestilah dilaksanakan dengan segera.
8. Saya juga mengucapkan tahniah kepada agensi Kementerian iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan di atas inisiatif murni ini.
9. Bertepatan dengan strategi ini, saya dimaklumkan bahawa pada tahun 2020 sahaja, lebih 35,000 orang dan ketua isi rumah serta 331 perumahan kos rendah di Kuala Lumpur telah menerima bantuan langsung melalui Program Kemiskinan Bandar (5My) – iaitu inisiatif MYJobs@Wilayah, MYGrocer@Wilayah, MYSchoolBus@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah yang dilaksanakan.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
10. Berdasarkan tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK Nasional telah meningkat kepada 2,208 ringgit sebulan bagi setiap isi rumah. Ini bermakna, lebih 400 ribu isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini telah tergolong dalam kategori miskin. Kementerian Wilayah Persekutuan secara tidak langsung turut menyediakan inisiatif-inisiatif yang memanfaatkan rakyat di Wilayah Persekutuan khususnya.
11. Sehingga 31 Disember 2020, statistik data PERKESO merekodkan seramai 6,805 orang telah kehilangan pekerjaan pada bulan Disember 2020. Dari segi pencari kerja, seramai 53, 869 orang direkodkan berbanding lebih 170, 000 kekosongan jawatan. Dalam usaha menangani masalah ini, saya difahamkan Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Program MyJob@Wilayah telah menyediakan sehingga 3,259 pekerjaan di ibu kota iaitu 28% lebih tinggi daripada sasaran asal. Inisiatif pengambilan pekerjaan adalah meliputi pelbagai sektor dan industri.
12. Inisiatif MySchoolBus@Wilayah telah memberi bantuan kepada seramai 9,704 murid di 67 kawasan perumahan awam kos rendah yang melibatkan 94 orang pengendali bas sekolah. MYMedic@Wilayah pula adalah perkhidmatan klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan asas secara percuma kepada warga kota yang kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur.
13. MYGrocer@Wilayah pula adalah inisiatif yang berkonsepkan pasar bergerak ke kawasan perumahan kos rendah melalui perjualan barang basar dan keperluan harian pada harga 5% hingga 20% lebih murah daripada harga di pasar awam. Sehingga kini, trak MyGrocer telah bergerak ke 30 lokasi Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur. Manakala MYFood@Wilayah adalah konsep bantuan bakul makanan yang berisi keperluan harian kepada golongan miskin bandar dan kini telah memanfaatkan seramai 32,000 ketua isi rumah di Kuala Lumpur.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
14. Bagi menambah baik inisiatif-inisiatif murni ini, saya dimaklumkan Kementerian Wilayah Persekutuan akan melipatgandakan usaha dengan meneliti semula sasaran penerima bantuan bagi mengelakkan individu yang layak tidak tercicir kerana pada masa ini bantuan lebih banyak diberikan kepada penghuni PPR dan Perumahan Awam.
15. Pada hari ini juga saya turut ingin berkongsi satu berita gembira kepada penduduk di Wilayah Persekutuan. Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan melalui Program MyBeras@Wilayah akan mula menyumbangkan 5750 kampit beras secara percuma setiap minggu kepada penduduk dari kumpulan keluarga B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula pada hari ini.
16. Walaubagaimanapun, saya ingin mengingatkan dalam proses pengagihan, jangan lupa perlu kekal mematuhi SOP tertentu yang ditetapkan demi menjaga diri kita dari dijangkiti COVID-19.
17. Saya turut dimaklumkan sempena Bulan sambutan Hari Wilayah Persekutuan ini, pelbagai aktiviti menggunakan platform maya telah dirancang untuk diadakan. Salah satu daripadanya ialah River of Life virtual run sempena KL Car Free Morning Program yang dilaksanakan secara dalam talian sebagai salah satu awareness akan usaha Kerajaan kepada masyarakat. Ini adalah insiatif yang amat baik dalam usaha membina institusi masyarakat yang informatif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
18. Sekali lagi, syabas saya ucapkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan yang cakna dengan amalan norma baharu dan terus berusaha menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat walaupun terdapat kekangan secara fizikal. Saya berharap segala pengisian program dan aktiviti yang dirancangkan ini akan menjadi platform dan pencetus bagi penyertaan pelbagai pihak untuk meraikan Bulan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
19. Kerajaan Perikatan Nasional akan terus komited untuk melaksanakan visi Malaysia sebagai negara yang mampan, adil, saksama dan inklusif sekaligus meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu. Di Wilayah Persekutuan dan di seluruh negara, kita hendaklah meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa. Ini adalah hasrat yang telah kita nyatakan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
20. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya melancarkan Program Kemiskinan Bandar (5MY) di Wilayah Persekutuan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2021. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
PERDANA MENTERI
Kenyataan Media
Sun Jan 31 2021
Teks penuh perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun 2021.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
PM Anwar titip ucapan Selamat Hari Wilayah ke-50
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan selamat menyambut ulang tahun ke-50 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Majikan sektor swasta perlu beri satu hari tambahan pada kelepasan am berbayar
Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb.
Hari Wilayah: Jangan pinggir kawasan hijau di sebalik hutan konkrit
Masih terdapat kawasan terbiar yang boleh dibangunkan semula, berbanding meneroka kawasan hijau yang semakin suram di ibu negara ini.
Hari Wilayah 2021: Tumpuan pembangunan Wilayah Labuan
Perangkaan menunjukkan tiga jurang pembangunan ekonomi dan sosial masih wujud di antara ketiga-tiga wilayah ini.
Hari Wilayah: Taburan industri tidak sekata cipta jurang pendapatan
Perindustrian banyak tertumpu di Kuala Lumpur berbanding Labuan sehingga membawa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Labuan 60 peratus lebih rendah berbanding Kuala Lumpur.
Hari Wilayah: Perkasa segmen sewaan, kurangkan monopoli pemaju
Sudah tiba masa intervensi kerajaan diperlukan kerana jelas pasaran perumahan tidak lagi efisien.
Hari Wilayah: Rekaan PPR ketinggalan zaman - Khazanah Research Institute
Rekaan PPR harus diberi nafas baru supaya ia menjadi kawasan yang turut mempunyai gaya hidup moden.
Hari Wilayah: Harga rumah tidak mampu milik, seperti tiada jalan keluar
Harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Teks penuh perutusan PM Muhyiddin sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021
Teks penuh perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pelancaran (secara dalam talian) Program Kemiskinan Bandar (5My) Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.