ALOR GAJAH: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) menyasarkan pembukaan 15 TEKUN Mart di seluruh negara menjelang akhir tahun ini selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) dalam memantapkan keupayaan dan prestasi perusahaan mikro ke peringkat lebih tinggi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pembukaan TEKUN Mart juga adalah bagi membantu mempromosikan produk usahawan TEKUN serta memasarkannya secara terus tanpa orang tengah sekali gus mengatasi masalah usahawan mikro dalam memasarkan produk mereka ke pasar raya besar.
Beliau berkata sehingga kini, sebanyak lima TEKUN Mart telah dibuka iaitu di Terminal Bersepadu Selatan, Ara Damansara, Putrajaya, Bandar Tasik Selatan dan Alor Gajah.
"Imej dan konsep TEKUN Mart ialah seperti kedai serbaneka FamilyMart dan 7-Eleven yang mempamerkan barangan serbaneka dalam suasana moden, selesa, kemas dan teratur.
"Selain produk peruncitan, TEKUN Mart turut mengetengahkan konsep 'Grab n Go' seperti produk sedia dimakan dan sedia diminum yang lebih selesa dan mudah kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan TEKUN Mart di Pusat Perniagaan Jelatang di sini, pada Khamis.
Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Adam Abd Ghani dan Pangurus Besar TEKUN Corporation Sdn Bhd Ahmad Hambali Zainal Ahmad.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata TEKUN Mart menawarkan produk istimewa antaranya T-asty Oden, aiskrim T-ice, pau dan dim sum Mohd Chan, krep durian, jus e-Zeal dan T-mineral.
Beliau berkata terdapat empat peruncitan ditawarkan di bawah TEKUN Mart iaitu kiosk, kedai serbaneka, pasar mini dan Program Tukar bagi memberi pilihan kepada usahawan yang ingin membuka TEKUN Mart mengikut keupayaan kewangan mereka.
"Pinjaman kewangan bagi membuka TEKUN Mart bergantung kepada kategori peruncitan yang dipilih dan pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan yang membuka TEKUN Mart ialah RM100,000 hingga RM240,000," katanya.
Katanya pelaksanaan TEKUN Mart juga terbahagi kepada beberapa kaedah seperti Company Owned Company Operated (COCO), Company Owned Dealer Operated (CODO) dan Dealer Owned Dealer Operated (DODO) bagi memberi pilihan kepada usahawan yang berminat menjalankan perniagaan Tekun Mart mengikut keupayaan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021

Imej dan konsep TEKUN Mart ialah seperti kedai serbaneka FamilyMart dan 7-Eleven yang mempamerkan barangan serbaneka dalam suasana moden, selesa, kemas dan teratur. - Gambar fail BERNAMA

RM5 juta kepada MBM, perkasa penyertaan belia wanita - PM Anwar
Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa peranan pertubuhan itu.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan komersial
Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad.

Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.

3 maut termasuk 2 rentung dalam kemalangan di Segamat
Tiga lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat.

KKD ambil perhatian isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media - Fahmi
Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

'Rumah tempat saya membesar...' - Issey sebak, rumah arwah ibu hangus terbakar
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham sebak apabila melihat keadaan rumah arwah ibunya, Asiah Haron, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan hangus dijilat api.

Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.

6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.

TEKUN salur RM8.3 bilion pembiayaan mikro sejak 1998 sehingga Mac tahun ini - Saraswathy
Pembiayaan itu memanfaatkan 752,177 usahawan melalui 170 cawangannya di seluruh negara.

SPUT: Tekun peruntuk RM5 juta untuk usahawan pasar tamu
SPUT dijangka memberi manfaat kepada sekitar 1,000 penerima manfaat yang terdiri daripada golongan usahawan tamu yang memfokuskan perniagaan secara informal, iaitu tidak berdaftar dengan SSM.

Usahawan terutama generasi muda jangan malu dekati agensi KUSKOP - Ewon
Usahawan terutama generasi muda perlu mendekati agensi di bawah KUSKOP bagi mendapatkan bimbingan, latihan serta bantuan yang tersedia untuk membangunkan perniagaan mereka.

1,677 usahawan AIM, Tekun terima Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Ia khusus untuk mangsa banjir besar Disember tahun lalu dan banjir pada Feb 2022 yang melanda Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Tekun Nasional selesai agih RM200 juta peruntukan SPIM - Noh
Peruntukan berkenaan memanfaatkan 31,000 usahawan informal di seluruh negara.

MEDAC kenal pasti usahawan terjejas banjir di Terengganu, Kelantan
Pengumpulan maklumat usahawan terlibat sedang dijalankan dan proses pengumpulannya sama seperti mengenal pasti mangsa banjir akhir tahun lepas.

TEKUN Nasional buat laporan polis sistem SPIM digodam - Noh Omar
TEKUN Nasional membuat laporan polis pada Rabu lepas susulan sistem permohonan dalam talian bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dipercayai digodam.

Banjir: Tekun Nasional sediakan RM30 juta bantuan kepada usahawan mikro, informal terkesan bencana
Tekun Nasional juga memberikan moratorium selama enam bulan kepada peminjam yang terkesan dengan banjir.

MEDAC sedia beri pinjaman kepada nelayan menerusi Tekun Nasional
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersedia menawarkan pinjaman menerusi agensinya, Tekun Nasional, kepada golongan nelayan untuk dijadikan modal bagi memasarkan hasil laut mereka.

Usahawan perlu pinjam daripada TEKUN Nasional, bukan along - Wan Junaidi
Beliau bimbang ramai usahawan dilaporkan mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik bagi mengekalkan perniagaan.