awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Bernama
Bernama
17/01/2024
08:31 MYT
Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Telatah Seduku, seekor orang utan sedang menikmati makanan adalah antara aksi hidupan liar yang menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini, hari ini.
Ketibaan baginda pada kira-kira 9.30 pagi ke pusat yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya ini, disambut oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Sarawak Datuk Dr Jerip Susil dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi turut mengiringi baginda dalam lawatan itu.
'Grand Old Lady of Semenggoh' gelaran yang diberi untuk "Seduku" iaitu Orang Utan berusia 53 tahun dan tertua terdapat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh. - Foto Bernama
'Grand Old Lady of Semenggoh' gelaran yang diberi untuk "Seduku" iaitu Orang Utan berusia 53 tahun dan tertua terdapat di Pusat Hidupan Liar Semenggoh. - Foto Bernama
Tengku Hassanal yang meluangkan masa kira-kira tiga jam sempat singgah di sebuah galeri mini di pusat itu selain menerima sembah taklimat berhubung perlindungan hutan dan taman negara oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Abang Arabi Abang Aimran, serta Pelan Perubahan Iklim dan Strategi Net Zero Sarawak oleh Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Abang Ahmad Abang Morni.
Baginda berada di sini sejak Isnin lepas sedang dalam rangka lawatan kerja selama lima hari sebelum berangkat pulang Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemangku Raja Pahang
#Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim
#Pusat Hidupan Liar Semenggoh
#orang hutan
#Seduku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan