awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tema Malaysia Prihatin hargai, angkat peranan semua pihak ketika berdepan COVID-19

Bernama
Bernama
30/08/2020
21:19 MYT
Tema Malaysia Prihatin hargai, angkat peranan semua pihak ketika berdepan COVID-19
Aminuddin Harun berkata buat kesekian kalinya, rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan dalam suasana yang aman dan sejahtera. - Gambar fail/BERNAMA
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin menghargai dan mengangkat peranan semua pihak tanpa mengira kaum serta fahaman politik terutama ketika berdepan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata keprihatinan sebenar yang ditunjukkan rakyat Malaysia adalah dengan memastikan bahawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran dapat dipertahan di bumi tercinta ini.
"Adalah diharap agar sikap keprihatinan ini dapat diterapkan dalam diri kita. Saya yakin selagi sikap prihatin ini ada bersama kita, tidak kira apa saja perbezaan, percanggahan dan rasa sangsi yang timbul, Malaysia akan tetap utuh dan cemerlang," menurutnya dalam hantaran terbaru di laman Facebook rasmi beliau malam tadi.
Beliau juga berkata buat kesekian kalinya, rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan dalam suasana yang aman dan sejahtera.
"Secara rasminya, ini adalah Hari Kebangsaan yang ke-63 mengikut hari pengumuman Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 yang diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
"Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal semata-mata. Kita perlu berusaha memastikan negara kita benar-benar merdeka dengan bersih daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#COVID-19
#Hari Kebangsaan
#Hari Malaysia
#Malaysia Prihatin
#Menteri Besar Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan