awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2023
08:20 MYT
Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin
Susulan ugutan bunuh itu, polis menahan suspek di sebuah apartmen di Batu Caves, Selangor pada Selasa lepas. - Gambar hiasan
AMPANG: Keputusan seorang wanita untuk tidak berkahwin dengan teman lelakinya mengundang amarah suspek berusia 39 tahun itu apabila mengugut mahu membunuh mangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada Mac lalu apabila wanita berusia 43 tahun itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada teman lelakinya.
Menurutnya, suspek bertindak memaki hamun dan mengugut ingin membunuh mangsa semasa berada di rumahnya di Pandan Jaya.
"Susulan ugutan bunuh itu, polis menahan suspek di sebuah apartmen di Batu Caves, Selangor pada Selasa lepas.
"Kejadian berpunca apabila suspek tidak puas hati kerana mangsa tidak mahu berkahwin dengannya," katanya pada Jumaat.
Menurutnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah.
Katanya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek adalah negatif.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ugut bunuh
#enggan berkahwin
#Batu Caves
#teman wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan