awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembak pegawai polis: Dua lelaki direman tujuh hari

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2017
03:49 MYT
Tembak pegawai polis: Dua lelaki direman tujuh hari
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff menunjukkan gambar dua suspek yang diburu, berhubung kes Abu Hashim yang maut ditembak, pada sidang media di IPK Kedah, 19 Ogos, 2017. --fotoBERNAMA
Dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman di Taman Sri Hosba, Changlun di sini, Jumaat lalu.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Kanan Mahkamah Jitra, Mohd Hadi Hakimi Harun.
Kedua-dua suspek berusia 30 dan 36 tahun itu dibawa ke mahkamah jam 8.30 pagi ini untuk mendapatkan perintah reman dengan diiringi anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.
Dalam kejadian pada 10.25 malam 18 Ogos lalu, mangsa Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat daripada enam das tembakan yang dilepaskan ke arahnya.
Setakat ini, polis sudah menahan tiga individu termasuk seorang lelaki berusia 35 tahun pada malam kejadian, untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Abu Hashim Ismail
#Bukit Aman
#Kedah
#meninggal dunia
#polis
#reman
#siasatan
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan