MALAYSIA
Tembakan di KLIA: Suspek dipercayai lari ke utara

Hussein berkata identiti suspek telah dikenal pasti dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan. - Foto fail/BERNAMA
SEPANG: Individu yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 di sini dipercayai melarikan diri ke utara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ.
"Ketika kejadian, isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.
dua das tembakan sebelum terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
"Suspek bertindak melepaskan Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.
"Identiti suspek telah dikenal pasti dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan.
"Siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai melarikan diri ke utara," katanya.
Menurutnya, kejadian ini bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.
"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
"Suasana di KLIA 1 berada dalam keadaan terkawal dan selamat," katanya.
Pada Ahad, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami