awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TEMCO di Perlis dan Kedah ditamatkan bermula 26 Ogos

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/08/2020
06:55 MYT
TEMCO di Perlis dan Kedah ditamatkan bermula 26 Ogos
ISMAIL: TEMCO tidak perlu lagi dikenakan kerana kawalan secara kumpulan bersasar masih boleh memastikan jangkitan awal. - Gambar fail
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar secara pentadbiran (TEMCO) di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Perlis serta empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah tamat bermula 26 Ogos.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira tiada kes baharu COVID-19 dan kesemua penduduk di kawasan terlibat telah disaring.
“KKM telah menyaring 1,397 penduduk di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul serta lebih 7,000 penduduk di Kubang Pasu dan Padang Terap.
“Setelah mendapat nasihat daripada KKM kerajaan memutuskan bahawa TEMCO tidak perlu lagi dikenakan kerana kawalan secara kumpulan bersasar masih boleh memastikan jangkitan awal,” katanya ketika siding media hariannya pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan terdapat beberapa kes positif dilaporkan di empat daerah di Kedah melibatkan Kluster Tawar.
Bagaimanapun katanya, pelaksanaan TEMCO di kawasan tersebut masih tidak perlu dilaksanakan sebaliknya hanya melaksanakan kawalan pergerakan secara bersasar di kawasan terlibat.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Kedah
#KKM
#perintah kawalan pergerakan
#Perlis
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan