Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar mengesahkan akan melaksanakan tujuh sekatan jalan raya (SJR) di daerah berkenaan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) yang bermula tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Mohd Redzuan Salleh menjelaskan ia bagi memastikan tidak berlaku aktiviti keluar masuk dalam kalangan penduduk selain memastikan pelaksanaan TEMCO berjalan lancar.
Menurutnya, tujuh lokasi SJR adalah di hadapan Restoran Haji Ramli Simpang Empat; Jalan Batas Paip, Kuala Kedah; hadapan Balai Polis Alor Janggus; hadapan Balai Polis Kepala Batas; Jalan Hutan Kampung; Tol Alor Setar Utara dan Tol Alor Setar Selatan.
Tambah beliau, pihaknya yakin keperluan logistik seperti kuantiti anggota keselamatan yang terlibat adalah mencukupi meskipun TEMCO kali ini melibatkan satu daerah yang sangat luas.
BACA: Dosa besar langgar arahan TEMCO - Mufti Perlis
BACA: TEMCO: Polis tubuh pasukan peronda di tiga zon sekitar Aman Jaya
Jelas Mohd Redzuan, dengan kekuatan 350 pegawai dan anggota polis serta pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat dapat membantu dalam memudahkan perlaksanaan SJR dan pemantauan premis-premis yang berada di daerah Kota Setar.
"Kami akan mengadakan sebanyak tujuh sekatan jalan raya yang melibatkan sempadan-sempadan di dalam daerah Kota Setar.
"Sebagai contoh, sempadan Kota Setar dan juga Jitra. Kemudian, untuk tujuh SJR ini, kami turut melibatkan kekuatan daripada Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana kerjasama-kerjasama sebelum ini.
"Kami turut mengadakan sebanyak 21 pasukan pemantau yang akan digerakan mengikut syif yang telah ditetapkan sebagaimana PKP terdahulu," katanya pada sidang media berhubung penguatkuasaan TEMCO bagi daerah Kota Setar di Balai Polis Kepala Batas pada Jumaat.
BACA: Fahami perbezaan penguatkuasaan di antara TEMCO dan EMCO
CERITA SEBALIK BERITA: Penularan COVID-19 di Kedah, TEMCO disambung dan bermula
Susulan penularan COVID-19 di bawah Kluster Sungai, PKPD secara pentadbiran dilaksanakan di Kota Setar, melibatkan kira-kira 366,787 penduduk.
Kata Mohd Redzuan lagi, pasukan pemantau dan pasukan daripada unit ronda bermotosilkal akan mengawal laluan tikus di laluan-laluan utama berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Redzuan menjelaskan pihaknya telah menerima pelbagai pertanyaan dan permohonan bagi kebenaran untuk tujuan bekerja di dalam kawasan TEMCO.
Abdul Hadi Che Awang
Thu Sep 10 2020
Seramai 350 pegawai dan anggota polis serta tentera membantu dalam memudahkan perlaksanaan SJR dan pemantauan premis-premis yang berada di daerah Kota Setar. - Astro AWANI
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.