TUARAN: Kerajaan Sabah akan memastikan gangguan bekalan air dan elektrik yang dialami rakyat negeri itu pada masa ini dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata beberapa langkah sudah diambil dan dilaksanakan untuk menambah kapasiti bekalan kedua-dua kemudahan itu selaras komitmen kerajaan negeri dalam mensejahterakan kehidupan rakyat.
"Jika diurus dengan baik, insya-Allah kita boleh atasi kedua-dua isu ini yang menjadi kegusaran rakyat pada masa ini.
"Kita adalah kerajaan bertanggungjawab, kerana itu kita buat perancangan rapi dan tentukan projek pembangunan rakyat berjalan mengikut jadual dan dilaksanakan dengan baik," katanya berucap pada Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman 2023 di sini hari ini.
Sehubungan itu katanya Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II di Tamparuli, dekat sini yang dijangka dapat beroperasi awal tahun depan akan menambah kapasiti bekalan 80 juta liter sehari (JLH) bagi menampung keperluan di kawasan utara Kota Kinabalu dan daerah ini.
Hajiji berkata kerajaan negeri juga sudah mula membina loji bagi meningkatkan bekalan air daripada 40 JLH kepada 80 JLH di Kogopon, Papar dengan kos RM380 juta dan dijadual siap pada 2026.
"Menerusi usaha kerajaan negeri, ditambah dengan peruntukan RM320 juta daripada kerajaan Persekutuan baru-baru ini untuk penyelesaian jangka pendek masalah air di Sabah, masalah bekalan air di negeri ini dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata bagi mengatasi masalah bekalan elektrik, antara usaha yang diambil ialah menerusi pembinaan loji jana kuasa hidroelektrik dan empangan di Ulu Padas, Tenom dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan pelaksanaan pembinaan loji itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Hajiji berkata beberapa langkah sudah diambil dan dilaksanakan untuk menambah kapasiti bekalan kedua-dua kemudahan itu selaras komitmen kerajaan negeri dalam mensejahterakan kehidupan rakyat. - Gambar Sinar Harian
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Pulau Pinang bakal terima air terawat dari Perak 10 tahun lagi
Rakyat Pulau Pinang bakal menikmati bekalan air terawat dari Perak dalam tempoh lapan hingga 10 tahun lagi.

Pihak sebabkan pencemaran bau di LRA Sungai Linggi berdepan tindakan tegas - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson.

Ranhill rancang pembangunan projek kemudahan air di Indonesia dengan China Energy Engineering
Ranhill berkata ia telah menandatangani memorandum persefahaman dengan CEIG untuk bersama-sama meneruskan projek bekalan air Ir H Djuanda.

Kesepakatan rentas parti antara kerajaan negeri perlu diperkukuh untuk jamin bekalan air
Soal tarif juga perlu diberi perhatian kerana sektor air disifatkan sebagai tidak ekonomi di Malaysia, memandangkan ia berada pada kadar terlalu rendah.

Projek LRA Machang bukti kesungguhan kerajaan noktahkan masalah air Kelantan
Mohd Amirul berkata inisiatif bakal dilaksana kerajaan itu sangat bertepatan dengan keperluan semasa dialami penduduk ketika ini.

Dua juta penduduk Gaza hampir kehabisan bekalan air - Agensi PBB
Keadaan sekarang ini antara hidup dan mati. Bahan api perlu dihantar segera ke Gaza untuk membolehkan air dibekalkan kepada dua juta penduduk.

Bangladesh mohon pinjaman AS$320 juta daripada NDB perluas liputan air Dhaka
Dhaka Wasa berusaha untuk meluaskan liputan bekalan air ke kawasan-kawasan yang baharu ditambah di Dhaka.

Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.

Tempoh dua hingga tiga tahun selesai isu air, elektrik di Sabah - Hajiji
Langkah sudah diambil dan dilaksanakan untuk menambah kapasiti bekalan kedua-dua kemudahan itu selaras komitmen kerajaan negeri.