awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh peroleh pekerjaan graduan tempatan lebih singkat - Khaled

Bernama
Bernama
08/02/2013
08:31 MYT
Tempoh peroleh pekerjaan graduan tempatan lebih singkat - Khaled
Graduan di negara ini lebih bernasib baik kerana tempoh untuk mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian lebih singkat berbanding sesetengah negara lain yang mengambil masa sehingga dua tahun.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata fenomena ini berlaku kerana Malaysia mampu melahirkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
"Kita tidaklah berdepan dengan apa yang berlaku di negara-negara lain yang kadar pengangguran tinggi sehingga ada yang mencapai sehingga dua tahun untuk diserapkan dalam pasaran kerja. Kita lebih baik daripada itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen 207 graduan Graduate CareerAccelerated Programme (GCAP) Jumaat. Turut hadir Pengarah Urusan My-Partners Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Johan Mahmood Merican.
Mohamad Khaled berkata kajian kementerian juga mendapati lebih 70 peratus graduan berjaya memperoleh pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian.
Topic Berkaitan
#graduan
#Khaled Nordin
#pengangguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan