KEPALA BATAS: Tenaga kerja wanita yang menyertai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilibatkan dalam bidang berteknologi tinggi bukan terkhusus kepada bidang industri domestik semata-mata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata program TVET sebelum ini yang dilaksanakan 12 kementerian antaranya di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), membolehkan kebolehpasaran tenaga kerja kini berada di tahap 92.6 peratus.
Beliau berkata ini bermakna mereka yang mendapat latihan di bawah program TVET secara tidak langsung telah menambah nilai ekonomi.
"Saya telah meminta supaya guna tenaga wanita ini tidak terkhusus hanya dalam bidang domestik sahaja.
"Ia mesti diwujudkan dalam bidang berteknologi tinggi, jangan merendahkan kemampuan wanita dan jika mereka diberi peluang dalam latihan skil yang berteknologi tinggi saya yakin wanita Malaysia akan berada di garisan hadapan untuk menyahut cabaran kerja dalam bidang tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs bersama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) yang bertemakan "Perkasa Wanita dan Keluarga" di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Pengerusi HAWA Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Pada 3 Ogos, Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW berkata kerajaan menyasarkan untuk menarik penyertaan 150,000 peserta dalam program TVET khusus untuk wanita dikenali sebagai JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement) menjelang 2026.
Dalam pada itu, beliau berkata lebih banyak peluang pekerjaan perlu dibuka kepada golongan wanita yang berpotensi memandangkan kadar guna tenaga wanita masih rendah.
Menurutnya berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) guna tenaga wanita dalam alam pekerjaan hanya pada tahap 62.5 peratus.
"Saya harap KSM bersama dengan HAWA akan dapat membuka peluang pekerjaan ini dengan dimulai melalui latihan keterampilan atau skill training (latihan kemahiran)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023
Zahid berkata, lebih banyak peluang pekerjaan perlu dibuka kepada golongan wanita yang berpotensi memandangkan kadar guna tenaga wanita masih rendah. - Gambar/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau