KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tender bagi semua projek-projek besar perlu dianugerahkan kepada sesebuah syarikat berdasarkan kepada keupayaan dan rekod prestasi syarikat berkenaan semata-mata.
Beliau berkata ini merupakan prinsip-prinsip yang menjadi panduan dalam menawarkan tender bagi projek-projek besar dalam negara.
"Dalam mesyuarat dengan jawatankuasa tender yang membuat keputusan berhubung projek-projek besar hari ini, saya beritahu mereka bahawa nama syarikat-syarikat berkenaan tidak seharusnya didedahkan.
"Namakan saja ia syarikat A, B, C. Kita menetapkan bahawa keputusan perlu dibuat berdasarkan kepada kebolehan, rekod prestasi dan keupayaan kewangan," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersempena Ulang Tahun ke 50 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini malam ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya ia melibatkan tender bagi projek-projek seperti Jana Wibawa, ia seharusnya diberikan kepada syarikat bumiputera menerusi proses pemilihan, namun proses itu juga perlu telus.
Anwar berkata penganugerahan tender yang telus adalah penting bagi membanteras rasuah dalam negara yang dilabelnya sebagai "endemik".
"Rasuah adalah endemik, sekiranya bukan sistematik dalam negara ini. Perlukan keberanian dan keazaman untuk berubah," katanya.
Sementara itu Anwar berkata isu yang membelenggu sektor perumahan dalam negara boleh diselesaikan dengan mengubah proses yang lapuk, memacu, dan memudahkan prosesnya.
Beliau berkata masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi peraturan-peraturan dalam negara serta kadar kepantasan kelulusan yang diperlukan (oleh pemaju).
"Kita telah berbincang dengan semua Menteri Besar, agar Majlis Perbandaran di negeri-negeri dapat membantu dan menyegerakan proses-prosesnya," katanya.
Turut hadir majlis malam ini ialah Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) ke-50 di Petaling Jaya malam ini. - Foto BERNAMA
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Angkasa cadang koperasi teroka bidang pertanian berimpak tinggi
Antara pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka termasuk durian, vanila dan buah koko yang kini mendapat permintaan tinggi di peringkat global.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
Mindef pertimbang batal atau buka semula tender jika gagal hantar Black Hawk
Mohamed Khaled berkata tindakan sedemikian berdasarkan perjanjian yang termaktub antara kementerian itu dengan syarikat kontraktor dilantik.
Robert Tan didakwa perdaya MoF anugerahkan kontrak RM3.9 bilion kepada Spanco
Dia mengaku bersalah atas pertuduhan memperdayakan jawatankuasa pembuka tender sehingga mendoron MoF menganugerahkan kontrak RM3.9 bilion.
300 syarikat mohon tender pakej 1B Lebuhraya Pan Borneo - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya dijangka mengambil masa sebulan untuk menyenarai pendek syarikat sebelum dibawa ke lembaga tender.
Pengarah syarikat kelapa sawit rugi RM1.03 juta terpedaya tawaran tender pajak ladang
Seorang pengarah syarikat tanaman dan sewa ladang kelapa sawit yang beroperasi di Paya Mengkuang kerugian RM1.03 juta selepas terpedaya dengan tawaran tender pajak ladang kelapa sawit tidak wujud.
KPM sasar 45 projek tambah baik sekolah daif siap tahun ini
Sejak 2016 hingga 1 Ogos lepas, 675 projek berkaitan sekolah daif telah siap, 99 dalam proses pembinaan dan 228 pada peringkat prabina.
Tender perlu dianugerah berdasarkan kepada keupayaan, rekod prestasi syarikat - PM
Perdana Menteri berkata ini merupakan prinsip-prinsip yang menjadi panduan dalam menawarkan tender bagi projek-projek besar dalam negara.
Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.56 bilion dalam dana Islam.
Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah
Kontraktor yang berjaya mendapatkan tender bagi projek kerajaan di Sarawak wajib memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas pelantikan.
Tiada lagi projek kerajaan tanpa tender - PM
Beliau juga akan memastikan tiada sebarang unsur ketirisan dan rasuah akan berlaku secara meluas.
Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil
Mudah tunai dianggarkan RM49.16 bilion dalam sistem konvensional dan RM44.09 bilion dalam dana Islam.