awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Permaisuri Selangor dimasyhurkan sebagai Canselor UIS pertama

Bernama
Bernama
19/07/2025
03:00 MYT
Tengku Permaisuri Selangor dimasyhurkan sebagai Canselor UIS pertama
Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Canselor itu disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Facebook/Selangor Royal Office
BANGI: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) yang pertama.
Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Canselor itu disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen ke-27 UIS di Kajang, hari ini.
Terdahulu, baginda berdua berangkat tiba di Dewan Sultan Idris Shah UIS pada 9 pagi dan diiringi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Pada istiadat itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pro Canselor I dan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa sebagai Pro Canselor II.
Topic Berkaitan
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Canselor UIS
#Dewan Sultan Idris Shah
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan