awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Permaisuri Selangor hargai ucapan takziah rakyat

Bernama
Bernama
01/05/2021
09:23 MYT
Tengku Permaisuri Selangor hargai ucapan takziah rakyat
Allahyarham Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit tua pada 20 April lepas dan jenazah disemadikan di Makam Diraja Shah Alam. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berterima kasih atas ingatan rakyat yang mengucapkan takziah susulan kepulangan ayahanda baginda, Abdul Rahman Baba, ke rahmatullah pada 20 April lepas.
"Saya dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh ahli keluarga amat berbesar hati dan berterima kasih atas ucapan takziah yang kami terima daripada pelbagai pihak serta rakyat jelata.
"Meskipun masih bersedih atas pemergian ayahanda saya yang amat dikasihi, Allahyarham Abdul Rahman Baba, namun keprihatinan dan setiap doa yang disampaikan untuk Allahyarham, amatlah kami hargai.
"Terima kasih sekali lagi dan kami doakan agar sekalian rakyat terus dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah Subhanahuwataala," kongsi baginda dalam hantaran menerusi laman Instagram dan Facebook Selangor Royal Office hari ini.
BACA: Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumi
Abdul Rahman, 89, meninggal dunia kerana sakit tua pada 3.40 pagi di kediamannya di Seksyen 13 dan jenazahnya disemadikan di Makam Diraja Shah Alam di sini.
1 Mei 2021 ~ TITAH PERUTUSAN KHAS PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT JELATA DARIPADA DYMM TENGKU PERMAISURI...
Posted by Selangor Royal Office on Saturday, 1 May 2021
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Permaisuri Selangor
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan