awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Permaisuri Selangor sempurnakan Istiadat Pentauliahan Kor SISPA

Bernama
Bernama
16/08/2025
09:45 MYT
Tengku Permaisuri Selangor sempurnakan Istiadat Pentauliahan Kor SISPA
Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Terbaik Setiap Kontinjen di UiTM, hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Tengku Permaisuri Selangor Norashikin menyempurnakan Majlis Pentauliahan Kor SISPA Kebangsaan ke-16 di UiTM, melibatkan 918 pelajar ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Pertahanan Awam).
  • Baginda turut menyampaikan anugerah kepada 24 pegawai kadet terbaik IPT dan satu anugerah khas 'Best Among The Best'.
  • Kor SISPA berperanan memperkasakan pelajar IPT dengan latihan pertahanan awam, membentuk kepimpinan, semangat kesukarelawanan dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Keberangkatan tiba baginda pada 10.20 pagi disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed.
Dalam majlis bersejarah itu, baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik kepada 24 pegawai mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing dan satu anugerah khas iaitu Piala Ketua Pesuruhjaya Perdana (Best Among The Best).
Sebanyak 918 pelajar ditauliahkan berpangkat Leftenan Muda (Pertahanan Awam) pada majlis hari ini.
APM dalam kenyataan memaklumkan Kor SISPA yang diperkenalkan sebagai modul kokurikulum berstruktur sejak 2010 antara lain bertujuan memperkasakan pelajar sepanjang tempoh pengajian dengan ilmu dan latihan dalam bidang pertahanan awam.
Kor SISPA memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan yang berjiwa kesukarelawanan, mempunyai sifat kepimpinan serta kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dan bencana.
"Setelah menamatkan semua modul latihan ditetapkan, Pegawai Kadet SISPA yang layak, akan ditauliahkan kepada pangkat Leftenan Muda (PA) bagi pelajar Sarjana Muda, atau Staf Muda (PA) bagi pelajar Diploma," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Permaisuri Selangor
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Istiadat Pentauliahan
#Kor Sispa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan