SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar pihak berkuasa khususnya majlis perbandaran memperbaiki dan menaik taraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka.
Tengku Permaisuri Norashikin, yang juga Penaung Diraja kepada kempen 'Stray Free Selangor' (SFS) kendalian Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) bertitah, pihak berkenaan perlu meneliti pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar ini.
Baginda menzahirkan rasa dukacita dan kecewa susulan tular gambar serta video anjing terbiar yang terabai di sebuah pusat kurungan anjing di Selangor, sekali gus menitahkan agar prosedur operasi standard (SOP) harian yang diguna pakai disemak semula.
"Ini kerana jika SOP semasa ini terbukti berkesan, tidak sepatutnya tular video yang menunjukkan anjing tersebut seolah-olah teraniaya, terabai dan tidak terurus," titah baginda menerusi hantaran di akaun Facebook Selangor Royal Office, hari ini
Tengku Permaisuri Selangor turut mencadangkan agar usaha ke arah memelihara kebajikan dan mengurangkan bilangan haiwan terbiar dipergiat menerusi kempen 'Create Caring and Compassionate Communities' (CCC).
"Antara perkara yang digariskan dalam kempen itu ialah memperkasa semula kolaborasi dan kerjasama antara majlis perbandaran dan penduduk taman perumahan terlibat.
"Majlis perbandaran dengan kerjasama SPCA juga boleh mengendalikan sesi 'responsible pet ownerships' (RPO) bersama penduduk, serta menyediakan jadual lawatan berkala oleh SPCA dan NGO ke pusat kurungan haiwan terbiar," titah baginda.
Tengku Permaisuri Selangor bertitah, pegawai kebajikan haiwan bersama pencinta haiwan mungkin boleh ditempatkan di setiap zon daerah, seterusnya melatih mereka untuk menggalakkan pengkasian (neuter) haiwan terbiar di bawah kempen SFS.
Di samping itu, baginda mencadangkan agar pihak berwajib mendapatkan khidmat nasihat dan pemantauan daripada SPCA serta NGO sekiranya wujud keperluan bagi melupuskan haiwan terbiar atas sebab kesihatan atau sebagainya.
"Di samping tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pihak berwajib, setiap ahli masyarakat juga perlu menggalas peranan yang lebih signifikan khususnya dalam memupuk perasaan sayangkan haiwan dan prihatin dengan keadaan sekeliling," titah baginda.
Media semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi Unit Vektor, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP), akan meneliti semula tatacara pengurusan pusat kurungan anjing di bawah seliaannya.
Ia susulan tular beberapa keping gambar anjing yang kurus dan kelihatan tidak terurus di pusat kurungan haiwan yang didakwa bawah kendalian MPKL. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar pihak berkuasa khususnya majlis perbandaran memperbaiki dan menaik taraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka. - Gambar Facebook SELANGOR ROYAL OFFICE
![AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015601/19199450371679743330068_640x360.jpg)
AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 25 Mac 2023 : MYAirline terokai penerbangan ke Pontianak Aplikasi jejak Asnaf mudahkan Tabung Baitulmal Sarawak Hospital Tawau sasar 100 pain darah #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya hari ini.

Tengku Permaisuri Selangor titah baiki pengurusan pusat kurungan haiwan terbiar
Teliti pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar.

Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri
Fazura sifatkan kurniaan hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth II akan sentiasa dikenang dengan penuh penghormatan, titah Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin.

Tengku Permaisuri Selangor titah pulihkan kembali seni sulaman kelingkan
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar usaha bagi memulih kembali warisan dan tekstil seni sulaman kelingkan diadakan dalam kalangan rakyat negeri itu.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda berdua menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana seluruh rakyat masih mampu meraikan Aidiladha dalam suasana yang sederhana dan harmoni.

PM merafak sembah tahniah Tengku Permaisuri Selangor sebagai Pro-Canselor UiTM baharu
Perdana Menteri merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Graduan perlu main peranan, pastikan Malaysia kekal berdaulat, titah Tengku Permaisuri Selangor
Graduan diingatkan jangan sesekali membiarkan negara dalam keadaan porak-peranda, kacau-bilau dan hilang segala-galanya.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Arshad Ayub
Negara kehilangan seorang tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbiran yang sukar dicari ganti.

Agong perkenan pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor sebagai Pro-Canselor UiTM baharu
Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu bagi tempoh 18 Okt 2021 hingga 17 Okt 2024.