awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
Pesawat IAT ATR 42-500 terhempas: Pasukan SAR jumpa mayat kedua
PM Jepun Takaichi bubar Dewan Rendah pada Jumaat ini, pilihan raya umum 8 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Puan Pahang zahir rasa dukacita Kuantan dicemari bauksit

Bernama
Bernama
03/01/2016
15:11 MYT
Tengku Puan Pahang zahir rasa dukacita Kuantan dicemari bauksit
Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah meminta rakyat agar terus berjuang untuk menghentikan kegiatan tersebut yang menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. - Gambar Fail
Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan rasa dukacita terhadap pencemaran akibat aktiviti bauksit di daerah ini.
Beliau turut meminta rakyat agar terus berjuang untuk menghentikan kegiatan tersebut yang menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Menerusi laman sosial instagramnya @tengku--puan--pahang, Tunku Azizah memuat naik beberapa status berhubung perkara tersebut.
Beliau mengepilkan beberapa keratan akhbar yang melaporkan tentang pencemaran disebabkan aktiviti bauksit.
Isu pencemaran itu muncul kembali menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar baru-baru ini setelah air Sungai Balok dan air laut di Pantai Batu Hitam yang menjadi tumpuan pelancong tercemar dan bertukar menjadi merah.
BACA: Sungai dan laut Balok bertukar merah, pendapatan penduduk terjejas
BACA: Kerajaan negeri akan keluar kenyataan tentang isu bauksit - MB Pahang
BACA: Nelayan minta pihak berkuasa hentikan lombong bauksit
Tunku Azizah turut mendedahkan pantai di hadapan rumahnya sendiri di Balok turut bertukar menjadi merah.
Beliau menerusi statusnya dalam bahasa Inggeris turut meminta pihak berkenaan bertindak menghentikan perkara tersebut daripada terus berlaku.
Bagaimanapun Tunku Azizah berkata adalah tidak wajar perkara itu dipersalahkan sepenuhnya atas kerajaan.
"Jangan salahkan kerajaan sahaja...salahkan juga pengusaha haram...salahkan juga tuan punya tanah...kita semua salah di sini," katanya.
Topic Berkaitan
#bauksit
#Kuantan
#Pahang
#Tengku Puan Pahang
#Tunku Azizah Maimunah Iskandariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan