awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul bakal bertemu CEO Microsoft, usaha jadikan Malaysia Hab Digital ASEAN

Bernama
Bernama
15/03/2024
06:50 MYT
Tengku Zafrul bakal bertemu CEO Microsoft, usaha jadikan Malaysia Hab Digital ASEAN
TENGKU ZAFRUL: Inisiatif 'Kekal Bersama Malaysia' saksikan kerjasama Malaysia dan Microsoft untuk jadikan negara kita Hab Digital ASEAN. -X Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Satya Nadella dalam merangka strategi menjadikan Malaysia sebagai Hab Digital ASEAN.
"Inisiatif 'Kekal Bersama Malaysia' saksikan kerjasama Malaysia dan Microsoft untuk jadikan negara kita Hab Digital ASEAN," kata Tengku Zafrul dalam hantaran di laman X miliknya, hari ini.
Beliau berkata Satya akan berkunjung ke negara ini tidak lama lagi bagi mengukuhkan kerjasama tersebut.
"Menantikan kerjasama yang lebih erat dengan Microsoft untuk memacu kepimpinan Malaysia dalam bidang digital ASEAN," katanya.
Inisiatif Kekal Bersama Malaysia saksikan kerjasama Malaysia dan Microsoft untuk jadikan negara kita Hab Digital ASEAN. Bagi mengukuhkan kerjasama ini, Satya Nadella, CEO Microsoft, akan ke Malaysia tidak lama lagi. Looking forward to closer collaboration with Microsoft to pic.twitter.com/qYingZngxl
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) March 15, 2024
Satya menggantikan Steve Ballmer pada 2014 sebagai CEO dan John W. Thompson pada 2021 sebagai pengerusi syarikat teknologi multinasional itu.
Menurut laman webnya, produk perisian Microsoft yang terkenal ialah barisan sistem operasi Windows, rangkaian aplikasi produktiviti Microsoft 365 dan penyemak imbas Edge.
Satya dijadualkan menyampaikan ucaptama mengenai era baharu kecerdasan buatan (AI) di Microsoft Build: AI Day di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 Mac 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#Satya Nadella
#Hab Digital ASEAN
#CEO Microsoft
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan