Tengku Zafrul sahkan bincang dengan Perdana Menteri, tunggu keputusan peranan baharu

Tengku Zafrul bercakap pada Majlis Farewell MITI, Hello New Horizons di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 2 Dis 2025. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesediaannya untuk terus berkhidmat walaupun tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berakhir semalam, susulan tamat tempoh sebagai senator.
Ringkasan AI
- Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berbincang dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai kesediaannya untuk terus berkhidmat selepas tamat tempoh sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri.
- Tengku Zafrul menyatakan kesiapannya untuk menyokong pentadbiran kerajaan dalam apa jua peranan yang diperlukan selepas tamat tempohnya sebagai senator.
- Beliau juga akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam sukan badminton, termasuk menyokong pasukan negara dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
"Saya akui ada berbincang dengan Perdana Menteri sebelum ini, dan saya nyatakan kesediaan untuk membantu dalam apa juga kapasiti bagi menyokong kerajaan dan negara. Namun saya tidak tahu apa yang telah diputuskan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Kelab Concorde di Wisma Bernama di sini semalam.
Sesi "Farewell MITI, Hello New Horizons", dikendalikan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). Kelab Concorde merupakan kumpulan tidak rasmi yang menghimpunkan editor kanan dari organisasi media tempatan dan antarabangsa.
Pada Isnin, Anwar berkata Tengku Zafrul akan diberikan jawatan baharu dan perkara itu diumumkan hari ini.
Fahmi, dalam sidang media mingguan Jumaat lepas berkata Perdana Menteri telah memberi indikasi bahawa Tengku Zafrul akan terus berkhidmat dengan kerajaan dalam kapasiti lain.
Tengku Zafrul, yang telah berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal sejak 2020, iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan, menamatkan enam tahun perkhidmatannya di Dewan Negara semalam.
Sementara itu, Tengku Zafrul yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyatakan komitmen untuk memainkan peranan lebih aktif dalam sukan badminton pada masa depan.
Beliau akan untuk terus menyokong pemain negara, termasuk dalam kejohanan-kejohanan utama bakal berlangsung, antaranya Sukan SEA 2025 di Thailand bulan ini.
"Saya akan ke Sukan SEA. Pada Khamis ini, saya akan hantar pemain negara berlepas ke Sukan SEA. Saya akan pergi pada hujung minggu kerana saya yakin beberapa pemain kita akan mara ke final Sukan SEA. Final dijangka berlangsung pada 14 Dis, jadi saya berharap dapat berada di sana," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perbincangan utama antara Tengku Zafrul dan Perdana Menteri Anwar mengenai kedudukan politik beliau? A: Perbincangan melibatkan kesediaan Tengku Zafrul untuk terus berkhidmat dalam kerajaan selepas tamat tempohnya sebagai Menteri.
- Q: Apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar berkenaan dengan jawatan baru untuk Tengku Zafrul? A: Anwar mengumumkan bahawa Tengku Zafrul akan diberikan jawatan baharu, namun keputusan rasmi akan diumumkan pada hari yang sama.
- Q: Apa komitmen Tengku Zafrul selepas tamat tugas politiknya? A: Tengku Zafrul akan memainkan peranan lebih aktif dalam sukan badminton dan akan menyokong pasukan negara dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


