Tentera Darat turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan pengganas Daish di negara ini walaupun tidak secara langsung, kata Panglima Medan Barat Tentera Darat Left Jen Datuk Azizan Md Delin di sini hari ini.
Beliau berkata Tentera Darat di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) memang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung langkah memerangi kegiatan Daesh.
PDRM memainkan peranan yang cukup baik memerangi kegiatan pengganas Daish setakat ini, dan Tentera Darat sebagai pembantu kepada usaha PDRM itu, katanya.
"Kita kena faham (bahawa) perkara berlaku dalam negeri, keselamatan orang awam adalah tanggungjawab dan tugas polis...
"Kita (tentera darat) memang ada memainkan peranan (perangi Daish)...jaga sempadan, (penyeludupan) senjata tak masuk, pengganas tak masuk," katanya dalam wawancara bersama Bernama dan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini hari ini.
Azizan berkata melalui peranan itu mereka berkongsi maklumat dan hasilnya, negara tidak memerlukan pasukan besar untuk mengawal keadaan kerana polis sudah cukup mampu.
Dalam pada itu, Azizan berkata golongan yang rendah tahap pendidikan dan banyak terdedah dengan propaganda Daesh dalam media sosial mememang mudah terpengaruh untuk menyertai aktiviti pengganas itu.
"Kita tengok pejuang-pejuang seperti Daish ini yang dari Malaysia, kebanyakan mereka direkrut melalui media sosial," katanya.
Beliau turut mengakui penyebaran idealogi daripada pengganas luar melalui media maya merupakan cabaran baharu kepada Tentera Darat dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam perkembangan terkini, tujuh orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh dalam operasi khas sejak Rabu lepas hingga semalam.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi yang dijalankan di Sabah dan Selangor oleh bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman itu membawa kepada tertangkapnya tujuh individu yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 13 2017
Tentera Darat di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung langkah memerangi kegiatan Daish. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.