Tentera Darat hari ini akan menghantar tambahan lapan trak ke Terengganu dan Kelantan bagi membantu dalam penghantaran bekalan makanan dan pemindahan mangsa banjir di kawasan yang tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata jumlah itu membabitkan enam trak tujuh tan dan dua trak lima tan.
Beliau berkata pada masa ini, 21 pegawai dan 388 anggota tentera telah dikerah di Terengganu bersama 14 trak pelbagai jenis, enam bot tempur berserta enjin dan pelbagai peralatan tambahan perairan serta alat hubungan komunikasi.
"Di Kelantan pula melibatkan 38 pegawai dan 825 anggota tentera bersama 14 trak pelbagai jenis, tujuh bot tempur berserta enjin serta pelbagai peralatan tambahan perairan dan alat hubungan komunikasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya tentera darat amnya dan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat khususnya akan sentiasa memantau secara dekat situasi banjir yang melanda negara ketika ini dan bekerjasama dengan semua agensi di negeri lain untuk membantu mangsa bencana itu.
"Tentera Darat sentiasa bersiap sedia pada sepanjang masa demi menjaga keamanan dan keselamatan negara serta sedia membantu dalam apa juga situasi sekiranya diperlukan, selain peka terhadap bencana banjir yang melanda negara pada setiap tahun," katanya.
Sehubungan itu, Muhammad Hafizuddeain berkata Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat selaku formasi yang bertanggungjawab di seluruh Semenanjung telah mengatur gerak trup (pasukan) aset bagi membantu mangsa di kawasan terjejas sejak 7 Okt lepas.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat kawasan banjir di pantai timur meminta agar tambahan aset Angkatan Tentera Malaysia digunakan bagi menyelesaikan isu logistik dalam membantu mangsa dan penghantaran barang keperluan ke lokasi terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata jumlah itu membabitkan enam trak tujuh tan dan dua trak lima tan.- Bernama
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
PRU15: Tentera Darat nafi kenyataan tular
TDM menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya PTD membenarkan Menteri Kanan Pertahanan untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.
TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama
Penerjunan itu dilakukan ketika eksesais yang diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013.
TDM bina jambatan sementara ke SJSM
Jambatan 'Compact Bailey 200' itu sangat penting sebagai laluan pekerja TNB ke SJSM yang kini terpaksa menggunakan bot.
TDM pantau warga bermasalah elak jejas penugasan - PTD
Nasihat dan sesi bimbingan kaunseling juga dijalankan bagi memastikan pegawai dan anggota TDM sentiasa berada dalam keadaan baik sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohaniah.
Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.
Pengambilan perajurit muda Tentera Darat tidak dikurangkan
Jumlah pengambilan perajurit muda tidak akan dikurangkan meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Tentera Darat dan PDRM bekerjasama sekat kegiatan Daish
Tentera Darat turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan pengganas Daesh di negara ini walaupun tidak secara langsung.
Dakwaan anggota tentera terbunuh hanya taktik musuh - Panglima Tentera Darat
Panglima Tentera Darat Malaysia hari ini berkata laporan media Filipina tentang lapan anggota keselamatan negara terbunuh, hanyalah taktik untuk lihat reaksi Malaysia.
Lembaga Siasatan Dalaman TDM ditubuh siasat insiden tentera ditembak di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat secara terperinci insiden anggotanya yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.