awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Darat tidak berhasrat lupus Lipan Bara - Adly Zahari

Bernama
Bernama
01/12/2025
06:31 MYT
Tentera Darat tidak berhasrat lupus Lipan Bara - Adly Zahari
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak berhasrat melupuskan 20 kenderaan Lipan Bara buatan Chaiseri, Thailand, yang masih digunakan dalam operasi dan latihan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Ringkasan AI
  • Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak akan melupuskan 20 kenderaan Lipan Bara buatan Chaiseri, Thailand, yang masih digunakan dalam operasi dan latihan.
  • Daripada jumlah tersebut, 14 kenderaan digunakan oleh Kor Armor Diraja di Kota Belud, Sabah, manakala enam lagi ditempatkan di Pusat Latihan Armor di Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Kementerian Pertahanan merancang memperoleh 136 unit kenderaan HMAV Tarantula buatan Syarikat Mildef dari Malaysia untuk meningkatkan keupayaan serta kesiapsiagaan TDM pada masa hadapan.

Adly berkata daripada jumlah tersebut, 14 kenderaan digunakan oleh Kor Armor Diraja di Kota Belud, Sabah, manakala enam lagi ditempatkan di Pusat Latihan Armor di Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Kesemua kenderaan ini masih berfungsi dan menyokong keperluan operasi semasa," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam soalannya, Ikmal Hisham meminta Menteri Pertahanan menyatakan mengenai perancangan TDM untuk melupuskan 20 kenderaan Lipan Bara atau High Mobility Armoured Vehicle (HMAV) buatan Chaiseri dari Thailand, mengambil kira perolehan terkini kenderaan 4x4 Tarantula buatan Syarikat Mildef dari Malaysia.
Berhubung perolehan kenderaan HMAV Tarantula buatan Syarikat Mildef, Adly berkata Kementerian Pertahanan merancang memperoleh 136 unit berdasarkan keperluan TDM sebagai pengguna akhir.
Adly berkata perolehan itu bertujuan meningkatkan keupayaan serta kesiapsiagaan TDM pada masa hadapan selaras dengan keperluan pertahanan negara.
Sementara itu, ketika menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai penilaian semula terhadap kilang pemasangan helikopter AW149 oleh syarikat Leonardo di Melaka, Adly berkata Kementerian Pertahanan tidak terlibat dalam pembinaan kemudahan tersebut.
"Secara dasarnya, kementerian tidak terlibat kerana ia merupakan kerjasama antara syarikat swasta secara 'business-to-business' dengan Kerajaan Negeri Melaka," katanya.
Beliau berkata pembangunan kilang itu adalah hasil perbincangan tiga hala antara kerajaan Melaka dengan syarikat Leonardo, iaitu sebuah syarikat teknologi dan pertahanan dari Itali dan Westar Aviation Sdn Bhd, selaras dengan perjanjian konsesi pajakan 28 helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#tentera darat
#kenderaan Lipan Bara
#Adly Zahari
#Dewan Rakyat
#Kementerian Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan