awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Laut Malaysia, SIngapura tamatkan latihan bilateral Malapura ke-33

Bernama
Bernama
17/10/2025
22:30 MYT
Tentera Laut Malaysia, SIngapura tamatkan latihan bilateral Malapura ke-33
Kedua-dua angkatan laut melaksanakan latihan pertahanan udara, tembakan artileri, pendaratan helikopter merentasi dek, latihan keselamatan maritim serta siri komunikasi dan pengemudian. - Foto BERNAMA
SINGAPURA: Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menamatkan Latihan Malapura edisi ke-33 pada Jumaat di Pangkalan Tentera Laut RSS Singapura - Changi.
Panglima Armada RSN Laksamana Muda Kwan Hon Chuong berkata Latihan Malapura kekal sebagai latihan utama antara kedua-dua negara, mencerminkan kepercayaan mendalam, rasa saling menghormati serta komitmen teguh yang memberi makna kepada hubungan erat kedua-dua angkatan laut.
"Ini menandakan kali ke-33 angkatan laut kita berganding bahu sejak 1984, satu bukti jelas sejauh mana kita telah maju sebagai rakan kerjasama," katanya pada majlis penutup, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF).
MINDEF berkata semasa fasa darat yang berlangsung di Pangkalan Tentera Laut Lumut, Malaysia, dari 7 hingga 10 Okt, anggota kedua-dua angkatan laut menjalankan pertukaran profesional, perancangan latihan serta aktiviti sukan.
Sementara itu, dalam fasa laut yang berlangsung di Selat Melaka dari 11 hingga 14 Okt, kedua-dua angkatan laut melaksanakan latihan pertahanan udara, tembakan artileri, pendaratan helikopter merentasi dek, latihan keselamatan maritim serta siri komunikasi dan pengemudian.
Menurut MINDEF, RSN dan TLDM menjalinkan interaksi secara berkala melalui pelbagai aktiviti termasuk pertukaran dua hala, kehadiran silang dalam kursus latihan serta penyertaan dalam pelbagai aktiviti pelbagai hala di bawah kerangka Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) serta Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Campur.
Kedua-dua angkatan laut juga bekerjasama dalam memperkukuh keselamatan maritim melalui Rondaan Selat Melaka.
Baru-baru ini, RSN dan TLDM telah menandatangani Arrangement for Mutual Submarine Rescue Support and Cooperation yang menyediakan kerangka sokongan dan bantuan bersama sekiranya berlaku insiden kapal selam.
"Melalui pelbagai aktiviti ini, kerjasama praktikal dan hubungan profesional antara kedua-dua angkatan laut terus diperkukuh," menurut MINDEF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TLDM
#RSN
#Latihan Malapura
#keselamatan maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan