awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Sulu: Rakyat Sabah jangan gusar, buat kerja seperti biasa, nasihat Timbalan KPN

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/12/2021
04:38 MYT
Tentera Sulu: Rakyat Sabah jangan gusar, buat kerja seperti biasa, nasihat Timbalan KPN
Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) menghadiri Perhimpunan Khas sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Penduduk negeri Sabah dinasihatkan supaya menjalankan aktiviti harian seperti biasa di sebalik dakwaan kononnya tentera Sulu merancang menyerang negeri itu.
Bahkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim menegaskan, tiada apa yang perlu digusarkan rakyat di Negeri Di Bawah Bayu itu berikutan laporan berkenaan tidak benar serta telah dimanipulasikan individu tertentu.
Mazlan, bagaimanapun, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi PDRM, memang terdapat perjumpaan di Sulu tetapi, pertemuan itu membincangkan soal ekonomi dan keselamatan setempat.
“Walau bagaimanapun, pihak kita memang bersiap siaga jika ada apa-apa kemungkinan… jika apa-apalah kemungkinan yang akan berlaku. Dan kita ingin menasihatkan orang ramai jangan gusar, jangan bimbang, teruskan pekerjaan harian dan kita berharap ianya tidak berlakulah,” jelas Mazlan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, pada Rabu.
BACA: Tentera Sulu: Perjumpaan 19 'datuk bandar' berkaitan usaha jaga keselamatan - Polis
BACA: Kerajaan pandang serius laporan tentera Sulu rancang serang Sabah
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali menafikan laporan berkenaan dan menganggapnya sebagai berita palsu.
Beliau berkata, di sebalik dakwaan itu, apa yang pasti ialah terdapat perjumpaan 19 'Datuk Bandar' dari selatan Filipina baru-baru ini yang membincangkan usaha menjaga keselamatan dan rancangan mempertahankan kawasan itu dari elemen yang menggugat keselamatan, bukan merancang plot baharu untuk menawan Sabah.
Katanya, berita palsu berkenaan telah dimanipulasi individu tertentu yang cemburu dengan keamanan dan keselamatan dikecapi negeri ini serta Malaysia keseluruhannya.
Topic Berkaitan
#tentera Sulu
#Sabah
#19 Datuk Bandar
#selatan Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan