KIEV: Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata Presidennya, Volodymyr Zelenskyy.

Bagaimanapun, Zelenskyy tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian itu.

Dalam sebuah ucapan melalui video, beliau juga berkata Rusia telah menggunakan lapan peluru berpandu pelbagai jenis dan hampir 70 bom udara berpandu terhadap komuniti dan barisan hadapan pada siang hari.

Serangan itu dilancarkan selepas tentera udara Ukraine menembak jatuh 13 dron Shahed yang menyasarkan wilayah Kharkiv dan Dnipro semalaman.

Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.

Tambah beliau, Sidang Kemuncak Keamanan Ddunia yang berlangsung di Switzerland Jun depan, perlu diteruskan walaupun tanpa penyertaan Rusia.