awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taiwan kesan 68 jet China sekitar pantai

Bernama
Bernama
14/09/2023
08:30 MYT
Taiwan kesan 68 jet China sekitar pantai
Taiwan telah menugaskan pesawat peronda udara tempur, kapal tentera laut dan sistem peluru berpandu darat untuk bertindak balas terhadap aktiviti berkenaan. - Gambar fail/ AP
TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan pada Khamis mengesan 68 pesawat tentera China dan 10 kapal di sekitar pantainya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Setakat jam 6 pagi Khamis (2200 GMT Rabu), 40 daripada pesawat yang dikesan termasuk jet pejuang dan dron, melintasi garisan tengah Selat dan memasuki ruang udara barat daya dan tenggara Taiwan, menurut kementerian itu.
Taiwan telah menugaskan pesawat peronda udara tempur, kapal tentera laut dan sistem peluru berpandu darat untuk bertindak balas terhadap aktiviti ini, menurut kementerian itu.
Taiwan kerap melaporkan tindakan sedemikian oleh tentera China, namun bilangan pesawat kali ini meningkat berbanding sebelumnya.
Pada Rabu, Taiwan mendakwa 27 pesawat China dan 13 kapal telah dikesan dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Pada awal September, bilangan pesawat dan kapal China yang dikesan oleh Taiwan setiap hari adalah di bawah 10.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taiwan
#China
#pesawat pejuang
#sempadan perairan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan