SINGAPURA: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Teo Nie Ching dijadual menghadiri Asia Tech x Singapore (ATxSG), satu platfrom yang membolehkan perbincangan mendalam tentang peranan teknologi untuk masa depan digital.
Beliau kini berada di Singapura dalam rangka lawatan tiga hari bermula pada Isnin, diiringi pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Pada hari pertama lawatan, beliau mengadakan kunjungan rasmi ke atas Menteri Negara Kanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) Dr Janil Puthucheary di Hill Street di sini.
"Kami mempunyai perbincangan yang sangat bagus," kata Teoh kepada Bernama ketika diminta mengulas pertemuan beliau dan Janil yang berlangsung hampir satu jam.
Katanya, perbincangan itu termasuk undang-undang melibatkan 'penyedia media sosial' yang sudah diguna pakai di republik ini.
"Kita mungkin boleh belajar dan fikir sama ada ia sesuai dilaksanakan di Malaysia," kata Teo.
Mereka turut mengadakan perbincangan mengenai beberapa topik lain termasuk berkaitan 'National Digital ID'.
"Saya rasa sekarang banyak negara sudah ada 'National Digital ID'. Konsep ini pernah dibincangkan di Malaysia tetapi mungkin tiada kemajuan yang cepat. Jadi saya rasa itu juga mungkin salah satu aspek yang kita boleh belajar dari pengalaman Singapura," katanya.
Lawatan Teo atas jemputan MCI sempena penganjuran ATxSG yang akan berlangsung di Capella Singapore selama empat hari bermula 6 Jun.
ATxSG, dianjurkan oleh Infocomm Media Development Authority (IMDA) dan Informa Tech.
Terdahulu, Teo turut mengadakan lawatan ke IMDA di sini pada Isnin.
"Ketika lawatan itu, kita turut membincangkan usaha-usaha bagaimana kita nak 'mengawal selia platform dalam talian' dan juga bagaimana kita memperkasa perlindungan data peribadi.
"Saya percaya bahawa banyak 'follow-up meetings' akan kita anjurkan supaya SKMM dan IMDA serta JPDP dan JDPC (Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Singapura) dapat terus bekerjasama dan berbincang supaya kita boleh sama-sama berkongsi pengalaman antara satu sama lain," kata Teo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

Teo (kiri) bersalaman dengan Menteri Negara Kanan Singapura, Kementerian Komunikasi dan Maklumat Dr Janil Puthucheary ketika kunjungan hormat di kementerian tersebut di Hill Street Singapura, 5 Jun 2023. --fotoBERNAMA

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

KKD terus perkasa konsep 'Malaysia MADANI' - Teo
KKD menerusi JaPentelah melaksanakan 32 program 'Kita MADANI' dengan penglibatan 27,170 orang serta 2,848 program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) di seluruh negara.

KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengadakan perbincangan dengan telco supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir.

Belum ada perbincangan tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor - Teo
Belum ada perbincangan tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri, kata Naib Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching.

KKD jangka bentang pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen awal tahun depan
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka membentangkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen, awal tahun hadapan.

Cyber999 rekod 3,837 insiden keselamatan siber tahun ini - Teo Nie Ching
Sebanyak 3,837 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 CyberSecurity Malaysia, dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Teo Nie Ching dipilih Ketua Wanita DAP baharu
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Ketua Wanita DAP yang baharu, menggantikan Chong Eng yang berkhidmat selama 22 tahun bagi jawatan itu.

Kerjasama dengan rakan kongsi China akan bantu tingkatkan pendigitalan di Malaysia
Kerjasama kukuh dengan rakan kongsi China akan membantu Malaysia ke arah memacu pendigitalan.

Peranti satelit Starlink akan diperluas ke seluruh negara
MCMC telah menempah 30 peranti berspesifikasi tinggi itu dengan 10 daripadanya telah diperoleh.

PRK: Tiada laporan kesalahan berkaitan 3R setakat ini - Nie Ching
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesalahan penyebaran naratif kebencian 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.

Syarikat swasta diseru semarakkan HKHM 2023, kibar Jalur Gemilang - Teo
Syarikat swasta diseru mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan pejabat bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.