PUTRAJAYA:Selepas lapan minggu berentap, persoalan siapa yang menjadi juara akhirnya terjawab.
Peserta, Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekat Qody Rany, Dinnie Rashid dan Usop.
Azzam Sham tampil menyampaikan dua lagu tugasan dengan Tema Ultimatum iaitu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian Bruno Mars.
Azzam bergelar juara menerusi markah terkumpul daripada juri dan markah undian penonton.
Hasil kemenangan itu, Azzam telah berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.
Naib juara pula dimenangi Usop dan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Ini adalah senarai penuh pemenang Big Stage 2020:
Juara: Azzam Sham
Naib Juara: Usop
Tempat Ke-3: Qody Rany
Tempat ke-4: Dinnie Rashid
Tempat ke-5: Fadh Majid
Pada masa sama, Dinie Rashid pula dinobatkan sebagai BBNU Paling Gempak untuk konsert separuh akhir dan Azzam Sham untuk minggu akhir.
Konsert akhir Big Stage 2020 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Ajai dan Elly Mazlien selaku Presiden Netizen.
Peserta juga diadili oleh penyanyi, Misha Omar selaku juri jemputan.
Big Stage minggu akhir telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan di saluran Astro Ria, Astro Ria HD serta Astro Go.
Personaliti radio ERA, Radin bersama hos Gempak TV, Isha Norsham mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Asyraf Roslan
Sun Oct 04 2020
Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Big Stage 2023: 'Ada tekanan tapi Imuniti X boleh menyelamatkan...' - Nadeera
Ramai yang beranggapan awal sangat juri tetap Big Stage guna Imuniti X.
Permintaan Siti Nurhaliza buat Aina Abdul gementar
Berkongsi pentas dengan Siti Nurhaliza di pentas akhir Big Stage 2022 melengkapkan keinginan Aina Abdul.
Big Stage 2022: Danial Chuer tidak berkecil hati tewas kepada Elica Paujin
Menurut Danial, berjaya mara ke pentas akhir bersama peserta lain sudah satu kemenangan bagi dirinya.
Big Stage 2022: Elica Paujin akui masih tidak percaya raih gelaran juara
Kemenangannya itu sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya Danial Chuer dan Aisyah Retno untuk bergelar juara.
Big Stage 2022: Menuju garisan penamat, Aisha Retno akan pastikan usahanya berbaloi
Aisha berikrar pada gelanggang akhir Big Stage 2022 malam ini dia akan bangkit dan melakukan yang terbaik.
Menjelang pentas akhir, ini 8 perkara menarik sepanjang Big Stage 2022
Ini antara momen-momen menarik sepanjang Big Stage 2022 berlangsung.
Big Stage 2022: "Saya akan buktikan boleh nyanyi lagu Melayu" - Yazmin Aziz
Yasmin sahut cabaran untuk tampil terbaik pada kemuncak Big Stage 2022 malam esok.
Big Stage 2022: Tiada rezeki! Ajoi Zainal gagal mara ke minggu akhir
Ajoi menduduki tangga tiga terbawah bersama Elica Paujin dan Tegar Septian.
Big Stage 2022: Tiada lagi Mummy Jerung, perjalanan Sofiaa Marieylla terhenti pada minggu kelima
Sofiaa yang menyanyikan lagu Ku Mahu menduduki tangga tiga terbawah dengan markah 56.8% bersama Tegar Septian (69.8%) dan Yazmin Aziz (47%).
Big Stage 2022: Danial Chuer tetap akan menjadi diri sendiri, tetapi...
Danial ambil segala komen dan nasihat daripada juri sebagai satu peringatan kepadanya untuk menjadi anak seni yang lebih matang.