awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbabit pergaduhan, empat murid digantung sekolah - Fadhlina

Bernama
Bernama
30/07/2025
07:54 MYT
Terbabit pergaduhan, empat murid digantung sekolah - Fadhlina
Fadhlina (foto) berkata tindakan tegas itu diambil selaras dengan prosedur disiplin ditetapkan KPM demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Empat murid digantung sekolah manakala 14 lagi diberi surat amaran selepas terbabit dalam insiden pergaduhan di sebuah sekolah yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Empat murid digantung sekolah dan 14 lagi diberi surat amaran selepas terlibat dalam insiden pergaduhan yang tular.
  • Murid yang digantung akan mengikuti program khidmat masyarakat dan sesi kaunseling sebagai langkah pemulihan.
  • Kementerian Pendidikan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan dan akan terus melaksanakan langkah pencegahan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tindakan tegas itu diambil selaras dengan prosedur disiplin ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara.
"Saya hadir ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan maklumat penuh berkenaan kejadian dan tindakan yang telah diambil.
"Empat murid terlibat akan digantung sekolah, manakala 14 lagi diberi surat amaran," katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau berkata murid yang dikenakan tindakan gantung akan mengikuti program khidmat masyarakat di bawah kelolaan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai langkah pemulihan.
Selain itu, sesi kaunseling turut dilaksanakan sebagai intervensi bagi membimbing murid terlibat supaya dapat mengubah tingkah laku menerusi penerapan nilai-nilai murni.
Fadhlina turut menegaskan bahawa KPM tidak akan berkompromi dalam isu yang boleh menjejaskan keselamatan institusi pendidikan.
"Langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan bagi memastikan ekosistem sekolah kekal selamat dan sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Empat murid digantung sekolah
#surat amaran
#insiden pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan