awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbaru dari Nissan: Sylphy dengan kit Impul

Astro Publication
Astro Publication
20/08/2014
15:57 MYT
Terbaru dari Nissan: Sylphy dengan kit Impul
Pemasangan kit Impul oleh pengedar sah Nissan di Malaysia iaitu Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah menjadi satu perkara biasa sekarang. Faktor pengubahsuaian ini menjadikan kereta yang dibeli lebih ranggi, dan model terbaru untuk menerima kit Impul ialah Sylphy generasi terbaru yang baru sahaja memasuki pasaran tempatan April lepas. Nissan Sylphy dengan kit Impul ini datang dengan spoiler depan & belakang, skirting sisi serta aloi 17 inci rekaan terkini. Spoiler tambahan pada bahagian belakang juga memberikan rupa yang lebih agresif, tambahan lagi dengan spring Impul yang merendahkan paras kereta ini sebanyak 25mm. Talaan spring ini turut dikatakan membantu bagi memberi pengendalian yang lebih lincah.
Selain untuk model Sylphy generasi terbaru, kit Impul juga ada direka untuk model Nissan X-Gear, Grand Livina dan Almera. Pemilik Nissan Sylphy sedia ada juga boleh mendapatkan kit Impul ini dengan menghubungi divisyen Impul di talian 03-4047 8786 atau [email protected]. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.impul.com.my.
Topic Berkaitan
# Edaran Tan Chong
# etcm
# Impul
#Nissan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan