awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terdapat pertambahan 12 kejadian tanah runtuh - Nadma

Bernama
Bernama
06/01/2022
14:23 MYT
Terdapat pertambahan 12 kejadian tanah runtuh - Nadma
Jumlah kumulatif kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 kini adalah sebanyak 262 di seluruh negara. - Gambar fail/ PDRM
KUALA LUMPUR: Jabatan Mineral dan Geosains melaporkan pertambahan 12 kejadian tanah runtuh melibatkan 10 di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kumulatif kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak 262 di seluruh negara.
Selain itu, Nadma turut memberitahu laporan bencana Jabatan Kerja Raya sehingga 10 pagi tadi memaklumkan secara kumulatif terdapat kejadian bencana di 965 lokasi jalan terjejas di 10 negeri sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022.
Ia merangkumi kejadian banjir (423), banjir kilat (62), cerun runtuh (447), jalan runtuh (23) dan masing-masing lima kejadian jalan mendap dan jambatan rosak/runtuh.
"Setakat ini, bilangan lokasi jalan yang masih terjejas mengikut bencana yang sedang dalam proses pembersihan adalah banjir (29), cerun runtuh (44), jalan runtuh (11), jalan mendap (satu) dan jambatan rosak/runtuh (tiga)," menurut kenyataan itu.
BACA SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
Sehingga 2 petang ini, tiada amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), namun terdapat empat amaran ribut petir dikeluarkan bagi negeri Sabah dan Sarawak.
"Walaupun tiada hujan berterusan dijangkakan dalam tempoh terdekat, ribut petir masih boleh berlaku di seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak pada pagi dan petang hingga malam," menurut NADMA.
Agensi itu turut memaklumkan hingga 10 pagi tadi, sebanyak 1,038 atau 98 peratus daripada 1,062 infrastruktur komunikasi yang terjejas telah dibaik pulih manakala baki 28 masih dalam proses baik pulih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#tanah runtuh
#monsun timur laut
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan