awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terdapat unsur jenayah dalam kematian tahanan polis

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
22/05/2013
11:37 MYT
Terdapat unsur jenayah dalam kematian tahanan polis
Terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian seorang tahanan yang menghembuskan nafas terakhir di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur malam semalam.
Penemuan ini adalah hasil daripada bedah siasat yang telah dijalankan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas mayat tahanan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya telah merujuk perkara tersebut ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
“Kes kematian ini diklasifikasikan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk tujuan penyiasatan.
“Pegawai penyiasatan jenayah Bukit Aman akan dilantik untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas kes ini,” kata beliau dalam satu kenyataan media.
Tahanan tersebut dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam lokap malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah telah berkata lelaki itu mengadu sakit dada kira-kira 9 malam sebelum dia dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Beliau berkata tahanan berusia 32 tahun itu adalah salah seorang daripada empat suspek yang ditahan berhubung kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 Mei lepas.
Topic Berkaitan
#Datuk Ku Chin Wah
#Datuk Mohmad Salleh
#sesak nafas
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan