KUALA TERENGGANU: Terengganu sekali lagi berkemungkinan berdepan dengan episod gelombang banjir berikutan risiko limpahan air laut dan hujan sehingga Khamis ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, berdasarkan ramalan cuaca semasa menunjukkan cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan barat Sarawak dijangka menghampiri perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Rabu.
Katanya menerusi itu, sebahagian kawasan berdepan dengan risiko limpahan air laut dan hujan sekaligus boleh menyebabkan banjir dalam tempoh tersebut.
Menurutnya lagi, stesen cerapan Kemaman juga meramal paras air laut bakal mencecah 2.0 meter hingga 3.0 meter sehingga Khamis.
Tambah beliau, aras air laut di Kuala Terengganu pula dijangka mencapai 2.1 meter dan 2.3 meter dalam tempoh sama.
Justeru penduduk di pesisir pantai dan kawasan rendah di negeri ini dinasihat berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir sepanjang tempoh berkenaan.
Terdahulu, gelombang banjir pertama yang melanda Terengganu bermula 2 Disember lalu menyaksikan empat daerah di negeri ini terjejas.
BACA: Dua daerah di Terengganu mula dilanda banjir, 45 mangsa dipindahkan
Bencana itu menyebabkan seramai 224 mangsa daripada 75 keluarga di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Nur Fazlizai Ali
Tue Dec 14 2021

Sebahagian kawasan berdepan dengan risiko limpahan air laut dan hujan sekaligus boleh menyebabkan banjir. - Astro AWANI

Rundingan damai di selatan Thailand tetap diteruskan walaupun kerajaan bertukar
Rundingan damai di selatan Thailand adalah agenda nasional dan ia akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar.

Pengawal sempadan Taliban, Iran bertempur di sempadan Afghanistan - Laporan
Pasukan Taliban bertempur dengan pengawal sempadan Iran di sempadan Iran-Afghanistan pada Sabtu.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam
Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

Pekerja kuari maut dihempap batu di Simpang Pulai
Seorang pekerja kuari maut selepas dihempap batu seberat kira-kira 10 tan dari ketinggian 25 meter di sebuah kawasan kuari di Simpang Pulai, pada Sabtu.

Arab Saudi keluar amaran hujan lebat berterusan, banjir landa Kota Makkah
Arab Saudi beri amaran hujan lebat berterusan selain ribut petir disertai ketulan air batu dan banjir kilat di kebanyakan wilayah di negara itu, mulai hari ini.

Kawasan dilanda banjir di Itali masih dalam bahaya
Banyak bandar dan pekan kecil ditenggelami lumpur yang memaksa penduduk meninggalkan rumah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Angka kematian akibat banjir di Itali meningkat kepada 14 orang
Jumlah kematian akibat banjir besar di utara Itali meningkat kepada 14 orang selepas mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di bandar Faenza pada Jumaat.

9 terkorban, ribuan penduduk di Itali dipindah akibat banjir
Beberapa kawasan di bandar Faenza masih ditenggelami air dengan kereta-kereta terbenam di bawah tanah banjir dan lumpur.

Subsidi minyak masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan - Fuziah
Langkah itu bagi memastikan golongan yang sememangnya layak menikmati subsidi menerima manfaat tersebut.

Hujan lebat cetus banjir di Itali
Hujan lebat melanda utara Itali pada Rabu mengakibatkan kejadian banjir dan Sungai Savio melimpah, lapor Agensi Anadolu.

Helmet, jaket keselamatan Mohd Diya jadi pengubat rindu keluarga
Kedua-dua anak Mohd Diya menerima barangan peribadi bapa mereka dalam keadaan sebak dan majlis berkenaan turut dihadiri isteri Allahyarham, Noraida Che Noh, 41.

438 penduduk kampung maut akibat banjir, tanah runtuh di DR Congo
Kebanyakan mayat mangsa ditemukan di Bushushu dan Nyamukubi, dua kampung di wilayah Kivu Selatan yang terjejas teruk banjir akibat hujan lebat.

Bantuan khas banjir daerah Besut dibayar sebelum hujung bulan ini - MB
Setiap KIR yang terlibat akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan negeri.