Kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan kepada pengusaha vape untuk menghabiskan stok mereka berikutan keputusan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu bermula 1 Jan lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri juga akan cuba membantu 40 pengusaha vape yang terjejas pendapatan mereka ekoran pengharaman itu dengan bantuan agensi kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.
"Alhamdulillah, (dalam) perjumpaan hari ini, para pengusaha vape sebulat suara menerima keputusan kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape bermula 1 Jan lalu selepas Majlis Fatwa Negeri mengharamkan vape.
"Kita akan bantu pengusaha yang terjejas beralih kepada bidang perniagaan yang lain dengan bantuan kewangan daripada Maidam atau YPU," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengusaha vape di Wisma Darul Iman di sini Ahad.
Turut hadir Setiausaha kerajaan negeri Datuk Osman Muda, Mufti Terengganu Datuk Dr Zulkifly Muda dan Pengerusi Persatuan Peniaga Vape Melayu Terengganu Muhammad Kamaruzzaman Mahmud.
Ahmad Razif berkata susulan keputusan itu, kerajaan negeri bersetuju mewujudkan sebuah pusat perniagaan baharu yang menjual barangan elektronik atau Digital Mall bagi membantu peniaga vape yang terjejas.
"Digital Mall akan dibina di Kuala Terengganu dalam masa terdekat dan keutamaan akan diberi kepada pengusaha vape untuk berniaga di situ," katanya.
Sementara itu, Muhammad Kamaruzaman ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akur dengan keputusan itu dan menghargai keputusan kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan kepada mereka untuk menghabiskan dan menjual semua stok vape sedia ada.
"Kita juga mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang difahamkan akan membina Digital Mall bagi membantu pengusaha vape beralih kepada perniagaan lain selepas tempoh enam bulan yang diberikan kerajaan negeri tamat," katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan keputusan mengharamkan penjualan vape di seluruh negeri bermula 1 Jan lalu selaras dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri.
Keputusan yang selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan itu turut berdasarkan hujah yang berkait dengan kemudaratan kesihatan dan juga unsur pembaziran dengan bersandarkan dalil dan hujan dalam al-Quran dan hadis.
Bernama
Sun Jan 03 2016
Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan keputusan mengharamkan penjualan vape di seluruh negeri bermula 1 Jan lalu selaras dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.
Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami
Tindakan itu dibuat selepas Sheikh Hasina mempersalahkan Parti Jamaat-e-Islami dan BNP terhadap keganasan.
Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.
Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.
33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.
Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.