awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu catat 7.8 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 4.5 juta

Bernama
Bernama
31/12/2024
15:15 MYT
Terengganu catat 7.8 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 4.5 juta
Razali menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti perkembangan positif sektor pelancongan negeri. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA TERENGGANU: Terengganu mencatatkan kedatangan seramai 7.8 juta pelancong sepanjang tahun ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 4.5 juta orang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim Negeri Datuk Razali Idris menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti perkembangan positif sektor pelancongan negeri.
Beliau berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding 3.5 juta pelancong yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
"Berdasarkan data daripada Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), jumlah kenderaan yang keluar masuk ke Terengganu turut meningkat sebanyak 6.3 peratus berbanding tahun 2023. Selain itu, kehadiran penumpang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud juga mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Beautiful Terengganu Malaysia 2025 di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Razali menegaskan kerajaan negeri akan memberi fokus kepada usaha menarik pelaburan untuk membangunkan hotel bertaraf lima bintang sebagai langkah strategik bagi merancakkan lagi sektor pelancongan pada tahun hadapan.
"Usaha ini selari dengan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2024-2030 yang dijadualkan untuk dilancarkan tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LPT2
#Pantai Timur
#sektor pelancongan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan