MARANG: Terengganu dijangka beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) selewat-lewatnya pada hujung Oktober depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata ia berdasarkan petunjuk dan perkembangan semasa seperti kadar peratusan lengkap divaksinasi bagi populasi dewasa yang sehingga kini telah mencapai tahap 82.7 peratus manakala bagi dos pertama telah melebihi 90 peratus.
"Insya-Allah esok akan ada mesyuarat khas di peringkat pusat mengenai jawatankuasa khas pandemik yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Dalam mesyuarat tersebut, perkara ini (peralihan fasa) juga diteliti dan kalau ikut keadaan semasa, kita jangka akan dapat beralih ke fasa seterusnya (Fasa Empat) paling lewat sebulan lagi," katanya selepas melakukan tinjauan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan di sini, hari ini.
Seramai 1,470 pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dari empat sekolah menengah di daerah Marang menerima dos pertama sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan Oktober ini.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi Muktamar Tahunan PAS Kali ke-67 yang dijadual berlangsung pada 6 hingga 7 Nov depan.
Oleh itu segala perancangan dan persiapan telah mula dibuat bagi memastikan perjalanan muktamar termasuk pemilihan jawatan tertinggi parti berjalan lancar.
"Muktamar ini tidak boleh ditangguhkan lagi dan kami akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk diadakan sebelum 31 Dis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021
Kadar peratusan lengkap divaksinasi bagi populasi dewasa yang sehingga kini telah mencapai tahap 82.7 peratus manakala bagi dos pertama telah melebihi 90 peratus di negeri Terengganu. - Gambar fail
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar
Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia mengetahui kebun miliknya itu terbakar selepas dihubungi oleh seorang pekerjanya.
Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat
Seorang wanita berstatus janda didenda RM4,000 selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman.
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas
Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.
Perdagang wanita untuk eksploitasi seks: Buruh tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Cahaya pelita hiasi 10 malam terakhir Ramadan
Suatu ketika dulu, memasang pelita atau panjut menjadi sebahagian rutin penduduk pada malam tujuh likur.
Harga martabak hanya 40 sen pada 1987
Seorang peniaga martabak yang berpengalaman menjual juadah itu sejak 30 tahun lalu mengakui makanan tersebut pernah dijual serendah 40 sen pada 1987.
'Geng plastik hitam' dalam radar JHEAT
JHEAT meningkatkan operasi dengan menggerakkan pasukan penguatkuasa syariah di seluruh Terengganu bagi menguatkuasakan tindakan terhadap kesalahan tidak berpuasa bagi umat Islam di negeri itu.
Urus niaga makanan, minuman selepas jam 3 petang
MBKT menetapkan urus niaga makanan dan minuman melibatkan pengusaha, pemilik dan pelanggan beragama Islam hanya dibenarkan bermula jam 3 petang sepanjang Ramadan.