awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu dilanda banjir gelombang keempat

Bernama
Bernama
23/01/2024
09:41 MYT
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.- Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), sebanyak 24 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka 11 pagi tadi.
Tiga PPS yang dibuka hari ini ialah di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Orang Ramai Bukit Parit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mengkuang.
Sementara itu, menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/data-paras-air/?state=TRG, semua stesen sungai di negeri ini mencatat paras normal kecuali Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman yang berada pada paras amaran.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga esok di daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#terengganu
#gelombang keempat
#Marang
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan