awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu gerakkan 1,000 sukarelawan bantu mangsa banjir Pahang

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
22/12/2021
04:08 MYT
Terengganu gerakkan 1,000 sukarelawan bantu mangsa banjir Pahang
Hanafiah berkata, banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya pada Selasa. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan menggerakkan kira-kira 1,000 sukarelawan pelbagai agensi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terenggganu Hanafiah Mat berkata, misi bantuan itu akan bermula minggu depan.
"Bermula Selasa depan, saya berharap semua agensi dapat turun memberi sumbangan untuk membersih rumah, memberi sumbangan barang keperluan dapur rakyat.
"Saya harap semua agensi yang dinaungi kerajaan negeri dapat turun bersama," katanya sambil turut mengingatkan peserta misi bantuan supaya mengutamakan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19.
Dalam pada itu, Hanafiah menyifatkan banjir di Pahang antara yang terburuk kali ini, terutama di Temerloh dan Kuantan.
Dalam perkembangan sama, beliau bersyukur banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya pada Selasa.
Banjir yang bermula di seluruh negara Jumaat lalu turut menyaksikan tiga daerah di negeri ini terjejas.
Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara diaktifkan di daerah Dungun, Kemaman dan Setiu, menempatkan 423 mangsa dari 122 keluarga.
Topic Berkaitan
#bantuan
#mangsa banjir
#banjir pahang
#Kerajaan Negeri Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan