SETIU: Kerajaan Terengganu berharap Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang diterima negeri itu sebelum ini dapat diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokthar.
Beliau berkata pihaknya akan berbincang perkara itu dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan mendapatkan penjelasan sama ada agihan DKKP kepada negeri itu sebelum ini merupakan wang royalti petroleum atau sebaliknya.
"Soal adakah DKKP sama dengan wang royalti, kita akan rujuk semula dengan MOF. Terma wang royalti disebut Menteri Kewangan dan Menteri Undang-Undang pada 2021, namun bayaran yang diterima tidak pernah menyebut istilah royalti sebaliknya hanya DKKP," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu 2023 di Sungai Tarom di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada Jumaat, yang memaklumkan bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus.
Menurut Azalina ini kerana Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika dan Petronas juga tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar kawasan itu.
Beliau dilaporkan berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang bertanyakan sama ada kerajaan Persekutuan bercadang untuk menyalurkan hasil petroleum secara terus kepada Kelantan dan Terengganu seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Dalam perkembangaan lain, Ahmad Samsuri mengumumkan pengecualian bayaran lesen khas nelayan sampan kepada kira-kira 2,000 nelayan di Terengganu pada tahun ini.
"Ia sebagai penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada warga nelayan yang mengharungi lautan demi membekalkan makanan kepada rakyat negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Kerajaan Terengganu berharap Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang diterima negeri itu sebelum ini dapat diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokthar. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.