PEKAN: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Iveco bertindak keluar dari kenderaan yang dipandunya sementara menanti ketibaan bantuan selepas terlibat dalam kemalangan.
Tindakan itu dilakukan lelaki berkenaan sejurus kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum terhumban ke bawah bukit di Kampung Aceh, di sini, pagi tadi.
Balai Bomba dan Penyelamat Pekan yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.07 pagi mengerahkan sepasukan enam anggota bergegas ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat sebuah pacuan empat roda telah terbabas ke bawah bukit. Pemandu kenderaan terbabit telah berjaya menyelamatkan diri dan terbaring diatas pacuan empat roda tersebut.
"Anggota bomba kemudiannya bertindak menyelamatkan mangsa yang cedera dengan menggunakan pengusung (stretcher) dan membuat rawatan awal," kata jurucakap pasukan keselamatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Menurut jurucakap itu, bantuan daripada agensi luar iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut datang membantu dan mangsa diserahkan kepada pihak APM untuk tindakan selanjutnya.
"Anggota bomba turut menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian dan kenderaan terbabit sebelum menamatkan operasi pada pukul 6.38 pagi," ujarnya lagi.
Norfarhiza Mohd Atar
Tue Oct 04 2022
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Iveco bertindak keluar dari kenderaan yang dipandunya sementara menanti ketibaan bantuan selepas terlibat dalam kemalangan. - Gambar ihsan JBPM
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Dua lelaki penyeludup ketum direman
Mereka ditahan setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas ketika dikejar sepasukan pegawai dan anggota tentera.
ATV masuk parit, dua warga emas maut
Kedua-dua mangsa yang berumur lingkungan 60-an, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai lemas.
Terhumban bawah bukit, pemandu terbaring atas kenderaan menanti bantuan
Tindakan itu dilakukan lelaki berkenaan sejurus kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum terhumban ke bawah bukit.
Lelaki maut selepas kenderaan dipandu terbabas, langgar pokok
Seorang peneroka felda ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang melanggar sebatang pokok di kebun sawit di Jalan Kebun Ladang Gaddes, di sini, hari ini.
Pekerja kilang maut, terperangkap kereta terbakar
Seorang pekerja kilang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Nyalas - Rim, di sini, pagi tadi.