KUALA LUMPUR: Abang Grab dan Foodpanda ada di mana-mana dan sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan dalam apa jua situasi.
Pada Jumaat, tular video di aplikasi TikTok memaparkan aksi seorang 'rider' Grab serta seorang lelaki dipercayai orang awam bertindak membersihkan longkang tersumbat selepas jalan ditakungi air.
Video berdurasi satu minit 51 saat itu dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok, Sabarudin Ishak yang memuji sikap terpuji itu selain mengucapkan terima kasih kepada dua individu berkenaan.
Video tersebut dirakam dari sebuah bangunan pejabat yang menyaksikan air bertakung itu telah menyebabkan laluan terhalang dan tidak boleh dilalui kenderaan.
Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Menara TRX pada Jumaat susulan hujan lebat pada waktu petang yang menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Menerusi video berasingan pula, pemilik akaun sama turut berkongsi paparan anggota polis dibantu orang awam termasuk 'rider' Grab menolak kenderaan terkandas banjir selepas air mulai surut.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif netizen yang menghargai kehadiran golongan itu yang sentiasa memberikan bantuan awal.
"Di mana-mana ada masalah, di situ ada abang Grab dan Foodpanda," tulis pemilik akaun CYGMad.
"Abang Grab yang tolong selesaikan masalah, ingatkan YB (Yang Berhormat) tadi. YB mana? komen seorang pengguna, Acai.
Dalam pada itu ada yang berpandangan tindakan dua individu itu harus diberikan penghargaan kerana dianggap hero kepada negara pada waktu kecemasan.
"Mereka perlu diberi penghargaan kerana sanggup meredah air untuk bantu mudahkan urusan orang lain.
Bantu orang jangan sebab tugas tapi ikhlas kerana ALLAH SWT," kata Ciklan04 di ruangan komen pada hantaran itu.
"Ramai juga yang hina maki abang Grab food dan Panda, tapi bagi aku dia juga insan yang harus dipuji dan sanjung pada masa begini," kata UserJay6765.
Pada Jumaat, media melaporkan beberapa jalan utama di ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sekitar jam 5 petang.
Jalan terjejas antaranya Jalan Chan Sow Lin, Jalan Raja Chulan, Jalan Kinabalu, Salak Expressway, Jalan Loke Yew, MRR2, Jalan Cheras, AEON Maluri, Jalan Sri Permaisuri, Yaacob Latif Tunnel dan Jalan Travers sekali gus menyebabkan gangguan lalu lintas di Kuala Lumpur. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 07 2023
Kelihatan abang Grab sanggup redah banjir untuk korek longkang tersumbat (kiri). Kenderaan terperangkap susulan banjir kilat di lokasi kejadian (tengah). Anggota polis dibantu orang awam mengalihkan kenderaan terkandas. - Foto tular
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Kumpulan baju hitam bersih longkang tersumbat tepi jalan
Sekumpulan lelaki berbaju hitam dilihat membersihkan longkang tersumbat dipenuhi semak samun di tepi jalan besar berhadapan sebuah pusat membeli-belah di sini mendapat pujian netizen.
Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.
'Terima kasih abang Grab'
Video tersebut dirakam dari sebuah bangunan pejabat yang menyaksikan air bertakung itu telah menyebabkan laluan terhalang.
Longkang tersumbat masih jadi antara punca utama banjir di Selangor
Kejadian banjir dan banjir kilat yang kerap berlaku di Selangor sepanjang tahun ini dipercayai berpunca daripada faktor cuaca hujan lebat dan sistem perparitan yang tersumbat.
Hujan lebih sejam, longkang tersumbat punca banjir kilat di Lebuhraya Kajang SILK - Bomba
Hujan lebat dan longkang tersumbat menyebabkan air melimpah kira-kira hampir satu meter (m) ke Lebuhraya Kajang SILK di laluan Putrajaya menghala Sungai Ramal Luar, Kajang kira-kira 5 petang tadi.
Banjir: Kerajaan Selangor minta PBT kenal pasti longkang tersumbat
Kerajaan negeri Selangor meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti kawasan perumahan yang mempunyai masalah longkang tersumbat.
DBKL kenal pasti 174 'kawasan panas' banjir, peruntuk RM25 juta kaji punca
Mahadi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 70 kawasan tersebut telahpun diselesaikan manakala 120 lagi masih dalam tindakan.
Apa guna status KL bandar moden terancang, jika isu banjir masih tidak selesai
Hasil tinjauan mendapati, rata-rata warga kota merasakan isu sistem saliran dan pembangunan pesat antara punca masalah banjir itu berulang.
Peniaga Pasar Paka resah, pasar jutaan ringgit makin lusuh dan suram
Peniaga di Pasar Paka , Dungun merayu pihak berwajib agar menaiktaraf premis perniagaan di kawasan terbabit yang didakwa semakin uzur dan suram.