awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih atas ingatan, jangan bazir wang untuk iklan ucapan tahniah - Abang Jo

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
03/08/2022
08:01 MYT
Terima kasih atas ingatan, jangan bazir wang untuk iklan ucapan tahniah - Abang Jo
Abang Johari menghargai niat baik rakyat dan sahabat serta mereka tidak perlu membeli iklan di akhbar.
KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap kenalan dan individu yang ingin mengucapkan tahniah sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-72 esok, tidak perlu membeli iklan di akhbar.
Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Abang Johari tidak mahu mereka membelanjakan wang untuk iklan seumpama itu terutama dalam keadaan ekonomi yang sukar ketika ini.
Dalam pada itu, Abang Jo turut berterima kasih dan menyedari niat baik rakyat dan sahabat beliau untuk menzahirkan ucapan ulang tahunnya di akhbar cetak.
"Dalam hal ini, walaupun beliau menghargai niat baik mereka, Abang Johari tidak mahu mereka berbelanja untuk iklan sedemikian memandangkan keadaan ekonomi semasa yang sukar dan keperluan untuk membendung tekanan inflasi.
"Namun begitu, Premier Sarawak ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas ucapan-ucapan yang baik terhadapnya pada hari lahirnya yang ke-72,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada hari ulang tahun kelahirannya, Abang Johari dijadual menghadiri Majlis Perasmian Muzium Limbang di Waterfront Limbang.
Abang Johari dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang, Sarawak dan beliau merupakan anak kepada Gabenor pertama Sarawak, Tun Abang Openg Abang Sapiee.
Topic Berkaitan
#Hari lahir Abang Johari
#iklan tahniah
#iklan akhbar
#tekanan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan