‘HERO banjir’ yang terkenal dengan aktiviti sukarela bencana, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar selamat bersanding dengan pasangannya Eva Noza Zakaria dalam satu majlis yang meriah kelmarin.
Azwan dalam akaun Facebook miliknya semalam menzahirkan rasa syukur apabila majlis perkahwinannya selesai serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang menaja barangan dan perkhidmatan pada hari bahagianya.
"Alhamdulillah, selesai dengan majlis perkahwinan saya.
"Terima kasih kepada yang sponsor (disenaraikan satu persatu) majlis kami semua ahli keluarga, rakan terutama ahli keluarga yang banyak membantu majlis kami,” katanya.
Menerusi perkongsian itu, dia telah menyatakan nama berserta tagging akaun Facebook satu persatu yang menaja perkahwinannya termasuk ahli keluarganya sendiri.
Turut berkongsi foto serta video sepanjang majlis perkahwinannya yang mana mempelai memakai busana berwarna ‘rose gold’.
Kemas kini itu mendapat perhatian warga maya yang rata-rata mengucapkan tahniah dan gembira melihat mereka diraikan dengan penuh meriah.
Sebelum ini sempat dihambat kontroversi perkahwinan yang didakwa tidak mendapat restu keluarganya.
Terdahulu pasangan ini melangsungkan majlis pernikahan secara ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah di Ayer Keroh di sini pada 14 Oktober lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua pasangan berkenaan.
Azwan sah menjadi suami Eva Noza menerusi sekali lafaz dengan mas kahwin RM150 dan wang hantaran RM8,888 berserta sebentuk cincin serta beberapa hadiah iringan. -Gempak
Gempak
Mon Jan 02 2023
Azwan menzahirkan rasa syukur apabila majlis perkahwinannya selesai serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang menaja barangan dan perkhidmatan pada hari bahagianya. -Gempak/Facebook
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tahniah Wira Banjir! Hadir bersama ibu, 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian
Dalam istiadat itu, Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir.
Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan
Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.