awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri" - Nota penghargaan PM buat isteri

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2021
05:23 MYT
"Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri" - Nota penghargaan PM buat isteri
Datin Seri Muhaini Zainal Abidin disifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai seorang wanita yang sangat sederhana dan kurang gemar menjadi perhatian lensa kamera. - Gambar Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesetiaan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin mendampinginya selama ini tidak cukup untuk diterjemahkan dengan kata-kata.
Kehadiran isteri tercinta yang mula dikenalinya sejak usia Perdana Menteri 19 tahun sehingga mereka mendirikan rumah tangga sesuatu yang amat dihargai.
Justeru, sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Ahli Parlimen Bera itu menyimpulkan penghargaan buat Muhaini yang juga ibu kepada anak mereka dalam catatan istimewa di Facebook peribadi beliau.
Muhaini disifatkan Ismail Sabri sebagai seorang wanita yang sangat sederhana dan kurang gemar menjadi perhatian lensa kamera dan kerana itu kelibatnya jarang kelihatan.
Perdana Menteri menyapa isterinya dengan panggilan Nani atau Ni, sementara Sabri pula menjadi sapaan Muhaini buat suami tercinta
“Nani adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab itu jarang sangat nampak dia. Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri.
“Daripada Sabri tak ada apa-apa sehinggalah ke hari ni. Susah senang bersama,” tulis Ismail Sabri dalam hantaran itu.
Sumber Facebook ismailsabri60
Mengiringi hantaran itu ialah sekeping foto Muhaini sedang membetulkan butang baju Melayu suaminya sebelum mereka bergerak ke Istana Negara bagi menghadiri majlis angkat sumpah Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pada Sabtu.
BACA: Raut wajah lembut dan 'low profile', Datin Seri Muhaini isteri tercinta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Muhaini Zainal Abidin
#isteri Perdana Menteri
#Perdana Menteri
#Ahli Parlimen Bera
#Muhaini
#Nani
#Ni
#Sabri
#Terima kasih Ni
#sentiasa ada di sisi Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan