awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih semua. I love you 3,000' - Isyarat tangan Maszlee dapat pujian netizen

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2019
23:56 MYT
'Terima kasih semua. I love you 3,000' - Isyarat tangan Maszlee dapat pujian netizen
DR MASZLEE: Terima kasih semua. I love you 3,000 - Gambar ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
ISYARAT tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik semasa perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu mendapat pujian netizen.
Rata-rata berkata tindakan Maszlee itu bukti perjuangannya sejak sekian lama untuk memperjuangkan bahasa isyarat.
Melalui bahasa isyarat ini, saya ingin sampaikan: "Assalamualaikum. Terima kasih semua. I love you 3,000." Saya minta maaf jika tersilap, kerana saya masih baru belajar dan ingin mempraktikkannya. Ia adalah sejajar dgn semangat pendidikan inklusif yg kita bawa. pic.twitter.com/fKuKoIK2ZX
— Maszlee Malik (@maszlee) May 9, 2019
Maszlee turut meminta maaf seandainya membuat kesilapan selain mengakui masih baru belajar.
suka dengan cara Dr, sebelum jadi menteri lagi memperjuangkan bahasa isyarat..semoga amalan mulia ini diterima tuhan
— Mohamad Fazrul (@muhamadfazrul3) May 9, 2019
I was there at the PICC and saw your signing @maszlee, but didnt understand it. Officially impressed!
— Andrew Goledzinowski (@AusHCMalaysia) May 9, 2019
kuranglah job saya sbg jurubahasa isyarat, bila YB dah mahir sign language. Terima kasih YB berusaha martabat bahasa isyarat kalangan masyarakat
— Roxsta (@nanar0ck) May 9, 2019
A part from speaking fluent Malay, Arabic and English, he also speaks moderate French, German, simple Mandarin Chinese and Hokkien.
— mira filzah (@naaafi_) May 9, 2019
Bagaimanapun, ada juga yang bergurau dan mengatakan frasa 'I love you 3,000' itu merupakan 'spoiler' filem Avengers: Endgame.
Alamak ... Baca tweet ada spoiler #endgame
— Darren Lam (@darrenlam76) May 9, 2019
pic.twitter.com/FKmMMIyqNk
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologi) May 9, 2019
pic.twitter.com/bjGM8ORMZo
— Farizal Abd Aziz (@FarizalAbdAziz) May 9, 2019
Filem "Avengers: Endgame" meneruskan dominasi global dalam carta box office apabila berjaya melepasi kutipan AS$2 bilion (RM8.30 bilion) dalam masa kurang dua minggu, sekali gus mengatasi filem "Titanic" sebagai filem kedua dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia.
Walt Disney Co menganggarkan "Avengers: Endgame" menambah AS$145.8 juta (RM601 juta) dari pawagam di Amerika Utara dan AS$282.2 juta (RM1.17 bilion) di peringkat antarabangsa, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan global sebanyak AS$2.2 bilion (RM9.13 bilion).
Sebelum ini, Maszlee menyerahkan kepada rakyat untuk menilai atau memberi markah kepadanya berdasarkan prestasinya sebagai Menteri Pendidikan.
Katanya, beliau mengikut nasihat yang pernah diberikan arwah bapanya yang berpesan agar tidak bersikap 'masuk bakul angkat sendiri'.
Jelasnya, penghargaan harus diberikan kepada kakitangan Kementerian Pendidikan (KPM), serta rakyat, atas pencapaian kementeriannya selama ini.
Maszlee sebelum ini turut mengumumkan sembilan teras pencapaian setahun KPM antaranya, manfaat untuk warga berpendapatan rendah (B40), guru sebagai fokus utama, murid sebagai tonggak dan komitmen menangani isu sekolah daif.
Selain itu, KPM juga berjaya memberi perhatian penuh kepada orang kurang upaya, kewibawaan institusi pendidikan tinggi, peningkatan kerjasama dalam pendidikan tinggi, pendidikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan memperkasakan bahasa, budaya dan sastera dalam pendidikan.
Topic Berkaitan
#B40
#bahasa isyarat
#Endgame
#isyarat tangan
#Mahathir Mohamad
#Maszlee Malik
#setahun malaysia baharu
#Titanic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan