KUALA LUMPUR : Negara dapat beralih daripada masalah remeh yang tiada kesudahan sekiranya semua pihak menumpukan usaha untuk meningkatkan semangat perpaduan bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan ambang tahun baharu 2024 menegaskan, kerajaaan akan terus memastikan perpaduan rakyat diberikan keutamaan dengan dasar perlembagaan yang jelas.

“Sekiranya ini  (perpaduan) dapat dapat dicapai, kita dapat beralih dari permasalahan titik bengik yang tiada kesudahan (misalnya) menyerahkan kepada tokoh politik untuk mempermainkan isu perkauman untuk meraih sokongan

“Terimalah hakikat, Malaysia perlu lebih gagah dan hebat," ujar beliau.

Justeru, Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyemarakkan semangat perpaduan bagi memastikan tumpuan kepada tindakan tegas dalam hal ekonomi dapat dilakukan

Anwar turut menegaskan kerajaan akan terus memastikan keselamatan dan keamanan rakyat diberikan keutamaan.

“Maka dasar-dasar kita akan memastikan semangat perpaduan rakyat Malaysia dengan dasar perlembagaan yang jelas.Soal kedudukan peruntukan perlembagaan, soal Islam, soal bahaa Melayu, soal kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu itu tidak diganggu," tegasnya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan tahun baharu 2024 yang dikongsikan beliau di platform media sosialnya.