awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terjemah karya sastera tempatan untuk ke peringkat antarabangsa - Zahid

Hilal Azmi
Hilal Azmi
25/11/2016
12:54 MYT
Terjemah karya sastera tempatan untuk ke peringkat antarabangsa - Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika menghadiri majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015 hari ini. - Foto Bernama
Karya sastera tempatan yang menerima pengiktirafan perlu diterjemah ke pelbagai bahasa untuk diangkat ke peringkat antarabangsa
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, terjemahan dengan nilai seni akan membuka peluang karya sastera tempatan dikembangkan.
"Kita lihat beberapa karyawan dari negara yang tidak tersohor dari segi seni karya yang dihasilkan, ia diantarabangsakan dan mendapat pengiktirafan dunia selepas diterjemahkan," katanya semasa berucap sebelum menyampaikan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, karya yang dihasilkan juga boleh disebarkan menggunakan kaedah media yang berkesan dengan pendekatan yang sesuai masa kini.
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015 yang masuk edisi ke 31 menobatkan Sri Rahayu Mohd Yusop, Nazri Hussein (Husna Nazri), Nor Azida Ishak, dan Ghazali Lateh dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015.
30 orang penulis lain turut dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori seperti Cerpen, Puisi dan Cerpen Remaja.
Tiada pemenang dinobat bagi kategori Kajian dan Rencana Sastera.
Turut hadir, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Noordin Abbas, dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan